Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Akhirnya setelah aku pulun setel kan semua post yang menjadi draft dapat jugak aku ke entry paling last setakat ni. HIHIHI.
Nak dijadikan cerita, aku kan balik Damansara first puasa hari tukan sebab setelkan urusan P1. Jadi, dah alang-alang sampai sane, aku terus aje mengutarakan cadangan kepada BFF aku di maktab iaitu FH untuk bersiar-siar di Petaling Street (PS) pada hari Ahad tersebut.
Sebenarnya, cadangan mengajak ke Petaling Street adalah umpan semata-mata. Aku tak delah nak pergi sana sangat pun tapi sebab aku tahu FH nak sangat pergi sana aku pun try-try la ajak insteed aku nak gi Jalan Tar sekali lagi sebenarnya. HIHIHI.
Jadi, Ahad tu aku tunggu FH kat KL Central. Lagipun FH nak balik Sabak Bernam tak de tiket kan. Mestilah beliau bosan dan mengikut saja aku berjalan-jalan walapun hari tu dah 2 Ramadhan.
Sikit punya panjang intro aku haaaa.
Keluar sikit je dari Stesen Pasar Seni kami terjumpa dengan Central Market. Baru ku tahu Central Market ni satu tempat je dengan Petaling Street. Lupe daratan sungguh. Oh, perumpaan baru untuk maksud ayat yang baru. Tu lah tak yah nak dream travel Korea sangat lah, KL pun belum habis jengjalan. HAHAHA.
Walaupun dah nampak Central Market kami berhasrat nak pergi PS jugak dulu. Kita tinggalkan dulu CM buat seketika yer.
Walaupun gambar ni macam dah common je kalau search kat Google leh je jumpe gambar cam ni. Tapi aku tetap klise dengan still menangkap gambar simbolik kepada PS ni. Yelah kan. Ape gune beli kamera baru. Ye dok. Sesi riak baru saje bermula.
Ni lah suasana kat dalam PS ni. Setelah dikenal pasti, PS ni tak delah heaven sangat untuk shopping. 1000x best lagi lah Jalan Tar jawabnya. Patut lah orang tak de lah beria nak pergi PS kan. Lagi bes Warta Walk, at least aku boleh jugak beli t-shirt muslimah kalau pergi Warta Walk instead masuk sini. Damn.
Mostly kedai-kedai kat sini dijaga oelh orang Siam/Chinese/bangsa ape ntah yang aku tatau dan bertatu cheetah mahupun buaya menunjukkan kegagahan masing-masing.
Cume yang menarik sikit perhatian aku dan FH ialah design handbag kat sini boleh tahan lawa lah wei. Kalau kat Jalan Tar tu nampak sangat dah cop rege murah dan mampu milik. Walaupun beberapa bijik design beg yang menarik perhatian kami, kami tetap tak berani nak tanya harga sebijik berapa.
Ni adalah kerana aku dengar dulu cousin aku cakap cara diorang ni meniaga ialah kau kena beli jugak barang yang kau dah tanya harga dye berapa. Kalau tak mungkin kau balik tak berkepala mungkin. Sebab kena tetak. HAHA. Tak adil sungguh untuk serious buyer only. HAbis tu buat ape kau berdua datang ke sini wahai Fira dan FH. HAHAHA.
Ni tak lain dan tak bukan sebab aku saje mahu jalan-jalan sebab dah bosan. Peace no war kepada FH yang penat berpuasa mase ni walhal dalam hati aku riang ria raya je sebab aku tak puase. :P
PS yang seronok dilihat di dalam kaca televisyen. Mungkin pekan cowboy Chinese kot kat sini. Bagi orang Melayu marilah kita ke Masjid Jamek je lah beramai-ramai. Recis sungguh.
Aku dengan super noob nye cube mengeksploitasi fungsi kamera aku yang boleh tukar tak lebih daripada 4 kaler basic. HAHAHA.
Tadi sudah gune biru, sekarang kite gune kuning pulak eh.
Tuhan telah mentakdirkan gambar ini rosak (supaya peminat-peminat FH tak sawan lagi)setelah diupload walaupun seriusli cun gile ah screen shot gambar ni sebab aku yang ambik kan.
Bile time aku ambik gambar dye kan jadi je. Kalau aku suh dye ade la yang nampak bangunan tiang lampu saje je kan. AHHHH.
Teknik juru kamera pening.
Kat Petaling Street ni cuaca sejuk gile ah kalah Leesang kampung halaman Garry kat Korea. Sebab tu lah bibir FH kaler kelabu taik anjing. Sile faham FH mase ni tengah teruja sebab dye kate semua nama jalan kat sini adalah nama dalam permainan Jutaria tak pun Saidina. Kan ade nama jalan Hang Tuah, Tun H.S Lee. Mahal tu nak beli.
Memang tak ade ape pun nak dibeli jadi kami patah balik ke Central Market.
Tepi CM ade Kasturi Walk. Seems like booth kecik-kecik cam tu la.
Nanti kalau dah lame sikit stalk blog Y.P.R baru aku belikan fridge magnet ni untuk ibu penulis. HIHI. Tu next post aku story ape kaitan semua ayat yang kau tak faham ni. HIHI.
Tak ada beza sangat pun Kasturi Walk dengan Warta Walk sekali imbas. HAHAHAHA.
Walaupun di bulan Ramadhan Kareem, kedai Dusun tetap terbukak luas menanti kedatangan golongan Kafir Jali dan Kafhi untuk makan tanpa segan silunya.
Ok sekarang kami dah masuk ke dalam CM dah. Eklusif bersiaran dari blog aku nih.
Memang betul-betul Pasar Seni ah.
Kedai jual alat perhiasan Chinese.
Kedai ni jual barangan antik yang PM zaman dulu-dulu pernah duduk ke, pernah sentuh ke, pernah tercuit ke semua ada lah.
Bai ni memang siap posing secara diam-diam malu kucing tapi tetap mahu ni.
Ces,baru ade gambar aku.
Booth batik pun banyak.
Butik ni pun tampak cool je kan.
Haters bagi DOTA atau PES tapi cintakan congkak, sumpit, teng-teng ataupun ape saje alat permainan tradisional boleh la berkujung ke sini. :)
Kalau tiap-tiap tahun bile pagi raya kau pakai baju kurung lawa-lawa tapi orang ramai masih tak pandang body kau sebab berlemak dan tak disukai ramai, tahun ni boleh la try pakai Cheongsam belah sampai ke dada pulak. Amacam, rase macam ada syaiton pangkat jeneral tak sebelah aku duk hasut ni. HAHA.
Koleksi Cheongsam dia.
Belum habis lagi tau, ade satu junction lagi yang belum kite terjah iaitu Little India. Nampak lebih India la di situ.
Kahsmir mali.
Baru je tadi Ustaz Tahir kata perempuan yang kawen pakai inai macam ni perempuan bongok. Dah la bazir, huduh plak tu. Bukan aku kata, Ustaz Tahir yang kata ha. HAHAHA.
Syurga bagi yang cintakan aksesori.
Aku paling minat dengan booth ni kot sebab aku memang suke dengan wayang kulit. Kat sini diorang ada jual wayang kulit. Kalau yang biasa, sepasang RM 50 hengget je. Tak mahal pun.
Oh yer, kat sini pun ada Fish Spa. Tapi penuh dengan mat salleh aje yang dari dasar teruja buat ape-ape saja.
Bagus jugak bagi ikan-ikan makan kotoran kat kuku ke kaki ke. Nanti bile dah mati tak de lah susah pemandi jenazah nak sental kaki-kaki kita nanti. *mood: masih terbawa-bawa teori kursus pengurusan jenazah pagi tadi*
Haaa, kat sini pun ade kedai jual key chain nama-nama yang boleh tempah terus siap tu. Kedai ni meme super cool ah orang Kelantan kate.
Kenapa aku katekan sebegitu? Off course sebab akde nama aku. U see? Its FIRA. HIHI. Jejakan mana lah yang jauh-jauh je gi tempah nama aku kat CM ni. Tempah kat Warta pun aku terime sambil terkinja-kinja dah kot. HIHIHI.
Dah , habis. :P
Ni side view CM.
Ada booth canting batik kat sini.
Alahai romantis sungguh mat salleh ni ha siap canting-canting batik bersama pulak hoi.
Assigment subjek Seni dalam Pendidkan kena buat canting. So, sape-sape yang berminat ready to paint? Its only 20 hengget dan bersiap sedia lah kena pelangkung dengan lecturer masing-masing.'
First time aku melihat art works secara dekat.
Abang Danik Studio rilek je main cube sambil tunggu waktu bukak puasa.
Cool right?
Oh ye tak berapa nak ye sangat la kan. Aku lupa nak cakap yang aku baru tahu rupenye mostly kedai dalam CM ni tak membenarkan tourist ambik gambar. Tapi apekan daya semua dah aku siap upload agi. Acaner tu?HIHIHI
Abang ni lagi lah cool habis.
Nak suh abang ni lukis jerawat baru tumbuh semalam pun boleh la kot. Tu ade contact no. Tapi awas, jangan ada yang terdesak nak pak we duk usha buat-buat silap nombor pulak lepas tengok gambar ni. HAHAHA
Lepas jalan-jalan area ni baru lah kami bergerak ke Sogo dan Jalan Tar. Tahu-tahu je lah kan kat sane suasana terlalu hebat sampai aku tak de mase ah nak snap-snap photo semua ni . HIHI.
Btw, ade cerita lucu otw nak pergi Sogo. Akibat tak tahu jalan kami carilah mangsa yang berwajah agak Melayu untuk tunjuk arah. Sekali, orang yang kami sangkakan 100% Melayu asli kalau tak asli pun campur-campur darah Kadazan sikit jadi lah kan rupanya seorang Indonesi. Macam kelakar je, aku orang Malaysia tanya arah nak pergi Sogo dekat orang Indonesia yang buat Malaysia macam rumah no 1 dia dah.
No comments:
Post a Comment