Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Memang lama rasenye tak update blog sebab final kot. HIHIHI. Banyak post yang tertinggal. Tapi tak pelah, aku nak terus cerita pasal kem yang aku join baru-baru ni. Cerita pasal Himpunan Sejuta Belia kita tangguh dulu. HIHI.
Alkisahnya, cuti semster kali ni aku balik lewat dalam 9 hari jugak lah. Mule-mule berat hati jugak mase Cik Zahiyyah ajak join kem ni. Tapi entah kenape macam dengar bes je, aku pun ikhlas kan hati untuk jadi fasilitator lebih kurang 9 hari gitu.
Kem PERMATAinsan yang diasaakan oleh Datin Rosmah Mansor kali ni dibuat di UKM. Menumpang kat Kompleks PERMATApintar untuk sesi kelas dan Kolej Za`ba UKM sebagai tempat menginap. Sebabnya Kompleks PERMATAinsan yang dikelola bawah USIM dan dibina kat USIM tak siap lagi.
Mule-mule meh kite melawat kawasan sekitar Pusat PERMATApintar dulu.
Kat PERMATApintar ni budak-budak genius Math dan Science yang belajar. Genius kan form 1 dah habis belajar Add Math. Kau mampu? Krek Krek Krek. *trademark baru* HAHA.
Bangunan Kafe macam dalam Secret Garden. Boleh tengok view dari luar.
Kelas dye cantik sangat. Kondusif. Kredit gambar-gambar ni kat KM Nor. HIHI. Tercuri plak.
Hari pertama kami sebagai fasi datang kena kursus dulu sehari. Hari Ahad 27 Mei barulah kem ni bermula. Tu dia budak-budak ni dah datang. Senior darjah 4, Junior plak baru darjah 3. Aku malas nak cite PERMATAinsan ni secara basicnye ape, sape yang nak tahu GOOGLE lah sendiri. HIHI.
Sesi aku jalan-jalan kat sini tak selesai lagi. HIHI.
Cantik kan budak PERMATApintar buat kalkulator, jadi kot.
Jam Add Math diorang.
Sesi ujian penilaian untuk silibus lepas bermula.
Dari kiri: Aku, Mardziyah, Nurliana Amira, Amilin Shahida, Uzma Farisha, dan Adriana
Sepanjang kem ni, setiap fasi akan diberi purata 5-7 orang adik setiap seorang. Tanggungjawab fasi termasuklah jaga kat bilik dari bangun tido hingga lah nak tido balik, tengok-tengok kan diorang sepanjang flow kem, yang utama ialah ajar dan bimbing diorang tuk hafaz Quran.
Kalau dapat adik yang tak banyak kerenah macam aku ok aje. :)
Mase diorang ade kelas ke ape ke, kite leh la berehat sambil tido-tido ke. HIHI.
Ni Shakina antara kawan aku yang jadi fasi jugak. Mase ni ade 17 fasi campur lelaki dan pempuan. Semuanya budak maktab aku cume lain kelas aje. HIHI.
Seronok sangat kalau naik bas diorang ni.
Lepas Subuh, Maghrib dan Isya` adalah sesi hafaz surah. Gambar lelaki je sebab gambar curi lagi. HIHIHI.
Adik-adik bersama Sekretriat USIM dan kelihatan dua fasi disitu iaitu Yusuff dan Acap.
Dalam seminggu ni ade dua kali Modul Pembangunan Insan. Name kemain sedap, padahal riadah je pun. HIHI.
Sya ngan Diba kat sini. :)
Aku pun nak jugak. HEKHEKHEK.
Adriana Nazrul Hisyam :)
Buat warming up sebelum main bola jaring. Budak laki lak main futsal.
Nad ngan Kina lagi. :)
Ehem-ehem. I jadi refree taw. HIHIHI.
Sesi makan adalah amat menyeronokkan. Makanan dye superb kot. Rosak diet aku seminggu. Btw, ni adalah Atif and the gang. Yang pakai kopiah tu ialah Atif, senior paling berpengaruh. Ramai pengikut. Kalau duk tepi dye mesti kau akan dengar je tazkirah-tazkirah dye.
Sangat pandai mengeluarkan hadis kadang-kadang hadis palsu jugak. HAHA. Maklum la anak Imam Masjid KLCC, otw nak jadi tahfiz sebab dah 5 juzuk kot dye hafal.
Tapi aku tak attract sangat dengan dye. Aku lebih suke dengan budak baju kuning depan ni yang aku tatau name dengan budak sebelah Atif yang tengah minum sirup tu. Afiq Syazani name dye. Kecik-kecik dah macho. HAHA.
Muke tak sabar nak makan.
Malam pembahagian hadiah. :)
Kenangan bersama adik-adik tersayang.
Kesimpulannya, banyak yang aku belajar dari kem ni :
- Belajar duduk dengan budak tak berenggang 24 jam dan kaji sifat-sifat diorang.
- Bersabar dengan budak.
- Belajar teknik hafaz Quran dan ajar sambil belajar dengan diorang.
- Belajar urus semua perkara macam cikgu sebenar dah contohnya jumpe ibubapa untuk sesi report card. :)
Insya Allah, kalau pihak USIM nak jemput lagi cuti sem akan datang, aku dengan hati terbuka luas nak join lagi. :)
























No comments:
Post a Comment