Wednesday, May 9, 2012

Selamat Ulang Tahun ke -21 Nurul Shafira binti Mat Zin

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Hari ni aku memanjatkan sepanjang-panjang kesyukuran ke hadrat Allah taala kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk bernyawa, merasa nikmat bernafas, merasa hangatnya tititsan air mata, dan mengajar aku sebuah erti kehidupan yang tidak lah selalu manis tetapi terkadang ade pahit, masam dam masinnya.

Aku bersungguh-sungguh singgah library untuk taip entry ni. Entry untuk insan-insan yang aku sayangi, yang tak lupe akan tarikh yang begitu penting dalam hidup aku. Pergh, rasenye memang emosional betul aku hari ni. Mungkin sebab dah berusia. Mungkin jugak definisi hari lahir yang bagi aku cukup penting.

Bagi aku, aku tak biase menyambut hari lahir dengan kesunyian, sebab dari zaman sekolah KAKA dulu, hari lahir lah hari paling manis. Teringat mase form 3 dulu dik Ijah nyanyikan lagu "Yedeporeng" same-same dengan geng kelas 3 Mulia Bestari 5 mase tu. Tak lupe jugak Kumin ade buat poster hari jadi besar sangat kat aku yang sampai hari ni aku gantung kat pintu bilik. Poster hari lahir Kumin sayang Pira sebesar pintu bilik. 

Mase form 5, penutup siri zaman persekolahan pulak lain ceritanya. Biaselah, sebagai birthday girl orang tersebut akan larikan diri. Dan same jugak dengan aku, 9 Mei 2008 aku duduk dalam dorm lame aku, di Bilik Gerakan Pengawas sorang-sorang mase tu. Ingatkan kawan-kawan kelas aku tak ingat sebab senyap aje mase prep tapi rupenye aku terharu sangat dengan ingatan diorang, lakonan diorang. Aku dapat 3 helai underwear belang-belang yang aku simpan sampai sekarang.

 Peka nye Huda dan Kumin sampai da hafal saiz spender aku. Maaf lah kalau rase post ni macam onar je. Tapi ni lah memori aku dengan mereka. Betullah orang kate, kawan yang paling kite ingat mestilah kawan zaman sekolah menengah. 


Aku sedih kalau kawan-kawan yang baik ngan aku tak wish sebab terfikir kalau la dengan boyfren sampai majuk-majuk kan. Sebagai kawan, feeling dye lebih kurang lah. Tapi bialah. Tak de la kawan sekarang tak baik pulak kan, cuma bak kate Meo, jangan harap orang lain raikan kite. Biarlah kite yang selalu raikan orang. Yes, baik lah Encik Meo. Strong aku lepas dengar ayat cam tu. HIHI. Tak ingat pun tak pe, apelah sangat date birthday kan. HUHU.










Huda Husna Ibrahim sahabat sampai syurga yang wish paling awal. Thanxs sangat. Aku betol-betol nak hidup dengan mung. Moga Allah dekatkan kembali jodoh kite lepas ni.
:( Thanxs Allah for sending her in my life. No one know me better than Huda Husna Ibrahim. She`s precious in every moment. SOBSOBSOB







Tak lame lepas tu mesej dari insan kesayangan berikut nya a.k.a awek aku, bukan awek orang lain.MUAHAHA. FH pulak yang wish. Thanxs sebab faham aku, aku tak pernah mintak kau faham aku tapi cukuplah sekadar jadi pendengar yang baik. Aku tak dapat bayang gak kalau FH tak de kat sini. Betapa terkontang kantingnya aku. Thanxs sebab jadi orang paling menerima aku.







Mama setiap kali birthday mesti buat aku serba salah, ape tak nya. Ni mesej yang Mama aku sent pagi tadi : "Selamat hari lahir semoga panjang umur CEPAT JODOH DENGAN ORANG SOLEH dan menjadi anak yang solehah sentiasa ada kasih sayang pada ibu bapa dan adik beradik dan utama sekali tidak menyesal ada dalam keluarga yang tak seberapa ini terima kasih untuk semuanya Mama ni ibu yang tidak bekerjaya seperti ibu orang lain walaupun Mama tak luahkan pada anak-anak Mama, Mama sebenarnya sayang sangat-sangat I LOVE YOU. GOOD LUCK. Jika ada terkasar bahasa yang menyinggung hati anak Mama yang manja ini ampunkanlah dosa-dosa Mama. IM SORRY. Jika ada apa-apa luahkan je lah pada Mama."
(Mama aku taip mesej tak dak titik kan, HAHA)


Serius mase bace mesej ni kelas aku tengah buat micro teaching, air mata aku terus je laju tap tap jatuh ke atas meja. Nape la Mama cakap macam tu. Kalau lah aku fikir macam tu, aku lah anak paling derhaka setelah Mama susah payah operate perut nak kuarkan aku dari rahim Mama. Korang boleh bunuh aku terus kalau aku derhaka cam tu. 







Terima kasih Mama dengan Abah sebab lahirkan Along susah payah cari sesuap nasik untuk Along, beri kesenangan untuk Along hidup macam orang lain. Sesungguhnya hidup Along memang tak de matlamat lain selain jadi hamba Allah yang taat dan berbakti pada Mama dan Abah. Walau orang lain pikir nak kawen, Along taw Along kene pikir Mama dan Abah lebih daripada segala-galanya. Mungkin sebab tulah hikmah Allah jadikan jodoh Along lambat dari kawan-kawan yang lain. Supaya tak lalai ingat tujuan hidup ni nak berbakti pada Mama dan Abah dulu. Along redha.

Adik aku Faris yang selalu derhaka kat aku pun rupenye tak lupe nak wish. Macam tak caye je dye wish. Fatin pulak aku tatau la bahasa ape yang dye taip. Peminat fanatik Korea ni taip nak kate bahasa Korea pun pelik je, ni yang aku copy paste balik: "Esprarogoss spreiannooo!!! Holammahna giera na pano!!" Aku rase macam esparagus dah mesej dye. HAHA.

Dan tak lupe jugak dekat KAKARIANS yang still wish dan ingat. Pero, orang yang pertama wish kat FB, Alia Zek, Asyraff Sariff, Ain Yusra, Keymah dan Dibah. Aku hargai sangat.

Tak lupe jugak kat Muhamad Afiq Roslin yang jauh di Cardiff menyinggah kat mesej FB. Gambo gapo tu eh? Tak leh bukok tenet slow. HIHIHI.

Aku suke walaupun wall FB aku tak penuh dengan wish birthday, tapi wish-wish yang ade tu membolehkan aku taw sape kawan aku yang betul-betul ingat birthday aku. Aku tak perlukan reminder FB, memang aku sengaja hide. HIHIHI. Dan aku puas hati, even orang terdekat tak ingat pun tak pelah. HIHI.




2 comments:

  1. hepi besday sahabat.. :) makin tua dah awak ni.. cepat2 kawin tau.. hihiks..

    ReplyDelete
  2. ok, pling sdh bca msg mak hang..sob3..t'ingt hg time kt p'mata pntar..huu..^_*
    alsyahirah

    ReplyDelete