Monday, May 7, 2012

Masjid Putra, Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Kan dalam post lepas aku ade cakap teringin nak gi Masjid Putra sebab nampak view dari Tasik Taman Botani kan, tak sangka lak lepas je balik dari Taman Botani kaki aku rajin je nyinggah kat sini. HAHA.

Ni second time aku masuk dalam kawasan ni. Lalu tanpa menyinggah dah banyak kali. First time datang sini mase aku join rombongan NILAM Kebangsaan 2008. Dah kire lame jugak la. Dulu sebagai orang yang dari kampung aku kagum sangat bile jengjalan kat sini. Tak sangka sekarang kalau nak gi jengjalan every week pun boleh. HIHI.







Sedang-sedang elok mase parking depan masjid terus je azan Zohor, dah alang-alang aku jemaah je kat sini terus. Senang. HIHI. Cantik betol candeliar dalam ni. Macam pearl pulak.








Aku suke sangat seni bina bangunan yang ala-ala Inggeris style kat belakang tu. Tapi aku tatau pulak ape name bangunan tu.







Memang sesuai la dak ni jadi model kan. Bergaya sungguh.









Kawasan larangan berkasut. HIHI.









Nampak tak green house kat belakang? HAHA. Green house la pulak kan.










FH diperkarangan masjid.









Siap sedia untuk diedit sempena raya nanti. HIHI.









Muke panas siap dah tukar kaler jadi oren . HAHA.











Motif sebenar gambar ni ialah nak tangkap gambar abang penyambut tetamu kat sini. Masjid ni memang ade staff penyambut tetamu. Diorang pakai baju Melayu dan baju kurung merah macam kat belakang FH tu.











FH kat laman depan masjid lak.











Mosque in the city.










Kiteorang turun kat bawah kiosk-kiosk dan bazaar yang ade kat floor bawah lak. Kat sini banyak jugak la kedai makan, macam SR , Nandos, Nasi Kandar, macam-macam jugak la. Harga pun leh tahan. Tak mahal sangat. Bajet RM 20 sorang sekali makan tu boleh la. 










View depan kiosk ataupun Selera Seri Putera. Panas woo mase ni pukul 1 lebih kot. HIHI.









Masjid Putra lagi.









Gaya FH pulak.








Escalator untuk turun ke kiosk.







Bunge dye cantik.







FH berseronok di bazar  floor bawah masjid.








Kutuk blog aku tak bes ek? Nah, lastik korang. HIHIHI.








Ni pulak duta Masjid Putra yang baru. FH. :)








Ni pulak shop yang kat dalam bazar. Jual barang-barang antik dan kraftangan gitu. Yang aku pegang tu handbag datin-datin, beratus jugak lah.










Patung-patung ukiran pun banyak kat sini. Tempat tourist shopping-shopping kan.









Bukti FH jage kecantikkan. Baiki tudung je setiap masa. HIHI.







View depan pintu masuk bazaar.









Baju-baju kat sini lebih macam nak gi bercuti tepi-tepi pantai gitu. Serious tak mahal pun sebenarnya, harga pasar-pasar malam je.








FH masuk dalam lukisan.









FH tak pandai nak cover kaki aku. 








Konsep bazaar ni macam Malaysia Truly Asia cenggitu ler. Tak pernah aku tengok lampu antik panjang sebegini.








Nak tempah lukisan pun boleh. Tu, nombor bang Fauzi. HIHI. Sekali lagi FH jadi duta dye.








Ok, sesat jalan rupenye. Turun jap tengok peta kat stesen bas. MUAHAHAHA.







Bukti motor buruk aku dah sampai ke jambatan Putraya. HAHA. Itu sajer cerite hujung minggu lepas. Sesungguhnye bermusafir dan merenung kejadian Allah serta mengucapkan Subhanallah itu juga adalah ibadat, jadi rajin-rajin lah bermusaifr. HIHIHI.  Tata!















No comments:

Post a Comment