Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Part PBS@ SK Sungai Haji Dorani yang lalu aku ceritakan serba sedikit pasal sekolah. Ni part ni kisah kami jengjalan kot yang lebih. Kalau diikutkan PBS kali ni tak dak masa ler kami duk rumah. Setiap petang balik je dari sekolah kami pegi jengjalan, shopping sakan.
Baru kali ni aku sempat duk ngadap laptop betul-betul nak habiskan semua cerita PBS ni sebab dah masuk kat 2 bulan tak hupdate. Kekadang bile aku rajin nak story mory, tenet pulak cam harom. Insya Allah aku gigihkan la hari ni.
Petang tu, mase kat sekolah lagi kami dah berpakat ramai-ramai nak gi jengjalan kat pantai. So, balik je dari sekolah, makan-makan tido jap kami pun siap-siap la. Destinasi pertama singgah dulu rumah Azie ambik beliau dan ambik pulak Azua. Tapi Azua drive sendiri je. Kang tak muat pulak kete nak naik Wira Mina je kan. HIHI. Sophie lak tido kat umah tak nak join. Nyampah ngan dye. HAHA.
Mule-mule kami bertolak ingat nak lepak-lepak kat Batu 23 Sungai Nibong, kira-kira 15 minit gak ler arah selatan dari rumah FH. Excited kemain taw mase ni kami melompat-lompat kegembiraan, siap beli-beli burger rusa nak picnic. Tapi sampai-sampai jer kami tengok tempat ni old school bebenor. Pergh air dye terbang-terbang ombak rindu dah macam nak naik ke muka bumi da.
Walaupun takut kami bajet-bajet cool blog je mase ni. HIHI. Posing tetap kene posing. :)
Gambar aku pegang betik. HIHI.
Kesenian sungguh FH ambik gambar.
Akhirnya, lepas merembat burger sorang satu, kami pun bercadang untuk blah dari situ. Agak menyeramkan jugak la pantai tu. Suasana dye suram semacam. On the way nak balik tu, sempat ler nengok SMKA Simpang Lima sekolah lame FH dulu.
Kami menyinggah pulak ke Marina Park. Kat sini katenye tempat pengambaraan slot Samarinda Iris yang Rosyam Nor dengan Rita Rudaini berlakon dolu-dolu tu. HIHI. Bagi aku sayang sangat tempat ni, lawa sangat-sangat sebenarnye, ala-ala resort penyinggahan kapal gitu. Agak terbengkalai sebab tak diurus. Masih ade yang menginap, namun nampak la da lame tak de keje-keje pembersihan yang dibuat. Eceh, macam buletin alam sekitar pulak dah.
Lawa sangat view kat sini.
Sesi makan burger sambil hadap air sungai yang semakin surut.
Seronok-seronok.
Dan biaselah, kami cube untuk posing sebanyak mungkin.
Rase kelainan kali ni sebab Azie dengan Azua join jugak jengjalan. Jadi tak de ler kami berempat je macam selalu. HIHI.
Simbol da tatau nak caption ape. HIHI :)
Bersama Minami Chan.
Aksi-aksi ghairah la pulak. HAHA.
Letih betol pose mase ni. HAHA.
Aksi bersama FH. Tudung aku da macam ape da. HIHI.
Azua yang snap gambar kami dari jauh. Thanxs Azua. :)
Sesi berangkat pulang dari jeti.
Model kite hari ini. :)
Sekian sahaja part dari Marina Park dan Batu 23 Sungai Nibong.
No comments:
Post a Comment