Tuesday, April 17, 2012

Sambutan Maulidur Rasul & Simfoni Kesenian Islam ILIM 2012

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Ekcelli aku rase gambar-gambar dalam post ni dah lame aku upload. Tapi sebagai blogger yang tak berjaya mane, aku leh plak lupe yang post ni jadi draft je hari tu. Alahai.

Tapi untuk tatapan anak cucu akan datang, aku gagahkan jugak taip entry ni. HIKHIK.

Aku rase peristiwa ni dah lame terjadi. Sebelum semester break Mac yang lepas. Ingat lagi pagi tu Jai cakap nak tak kelas kite pergi tengok simfoni kat ILIM? Disebabkan Jai Exco Dakwah JPP berkaliber yang uruskan benda ni. Dia ajak lah kiteorang, dan kami pun menurut perintah.

Niat mule-mule nak pergi konon-konon sebab nak ponteng kelas hari Khamis tu. Disebabkan niat tak elok, rupenye majlis ni di malam hari. Sehari selepas jamuan kelas kat Restoran Al-Sinni. Hari Khamis, 8 Mac 2012.





Aminah Halim yang ceria.

Majlis ni sebenarnya sempena Sambutan Maulidur Rasul tapi buat ala-ala moden kontemporari gitu la. HIHI. Walaupun Maulidur Rasul macam dah lame, tapi rasenye tak salah buat lambat sikit dari orang. HIHI. Aku ulang ayat dari pihak pengajur la ni.






Mah dan aku. Ehem-ehem. Tudung feveret aku sekarang 'Akel'. Habislah ke mana-mana pun dengan tudung ni.






Mase budak kelas aku sampai, program ni tak start lagi. MC pun duk rehersal lagi. So, kami buat la bacaan Mathurat dulu kat surau ramai-ramai.






Dayah (bertudung kuning) budak kelas 02 yang turut serta.






Semuanya khusyuk dengan bacaan.






Sesi pengambaraan di luar surau. Yang depan sekali, Nani (mungkin tak pernah masuk blog) budak kelas Dayah yang turut serta. Comel-comel kan? Especially FH. Cun gile ah kau FH.






Aku yang tak cun. SOB SOB SOB.






Lagi. . . .





Lagi. . .Tak habis-habis bergambar kan. Tak pelah untuk tatapan anak cucu. HIHI.






Suasana dalam dewan.
Majlis bermula dengan bacaan Yaasin selepas Maghrib, solat Maghrib dan solat hajat secara berjemaah. Selepas tu, barulah sesi masuk dewan untuk acara seterusnya.






Ceramah daripada Dr. Zulkifli. Ustaz ni orang Tranung ni. HIHI. Banyak ibrah daripada tazkirah pendek Ustaz. Tapi yang aku nak highlight kan kat sini, walau ape pun yang kite buat. Niat kene lah ikhlas. IKHLAS. IKHLAS. IKHLAS kerana Allah.




Mase sesi ceramah tu, aku duk terpandang je gelagat anak-anak yatim yang turut join majlis malam tu. Terutama yang tengah duduk atas lantai menulis tu. Comel sangat. Pena sekali mase da akhir-akhir majlis, mungkin dia pun da ngantuk sangat. Sampai kan budak ni tertido. Kawan sebelah dia yang pangku. 

Aku rase macam sedih sangat tengok perlakuan diorang. Kecik lagi tapi entah macam mane gelagat diorang macam matang dan baik sangat. Tak macam budak-budak lain ada mak ayah tapi masih tak reti duk diam, berkeliaran buat bising sana sini. Sian diorang.






Lepas je sesi tazkirah, ada dinner. Program ni bagi aku agak mewah la. Makan-makan pun bes je. HIHI.





Ha, tengok muke FH. Seronok sakan.





Lepas makan-makan, kami masuk balik dalam dewan. Bermula simfoni kesenian Islam pulak, kumpulan nasyid ni di datangkan khas dari Darul Quran. Hafiz-hafiz semua yang duk bernasyid ni. 








Las- las kami tengok persembahan pentomin Sirah Nabi Muhammad. Bes la pentomin ni, tapi aku rase macam panjang sikit la duration dye.

Majlis ni bukak mata aku tuk buat satu majlis sambutan Maulidur Rasul yang lain daripada yang lain. Mungkin boleh dipraktikkan di sekolah nanti. HIHI.

Salam Maulidur Rasul. 'Cinta Rasullah Cinta Agung.'

No comments:

Post a Comment