Saturday, March 3, 2012

Seminar Sirah Part 2 and Part 3

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Ni sambungan bagi entry [ni]. 

Penceramah kedua untuk pembentangan kedua ni ialah Ustaz Sharulazmi Sidek. 
Sekila baca nama Ustaz Sharulazmi Sidek di tentatif program aku sejujurnya tak pernah dengar pun name beliau. Terdetik dalam hati sape yer ustaz ni? Tapi, ternyata aku je yang tak kenal orang hebat. Masha Allah, ternyata pengisian slot kedua selama dua jam seterusnya dengan beliau rasa macam kejap je. Kate-kate beliau dalam membentangkan Sirah dan membuat pendekatan sebagai seorang guru macam masuk sangat. 




Rasulullah Qudwah Hasanah tajuk yang dibentangkan Ustaz Sharul. Banyak kisah-kisah peribadi mulia Rasulullah yang ustaz kaitkan dengan realiti yang dihadapi oleh guru-guru sekarang. Tak dapat tidak, Rasulullah adalah contoh pendidik yang terulung dari dulu hinggalah akhirat. 




Ustaz yang merupakan jugak bekas pelajar KPLI maktab ni banyak ceritakan pengalaman beliau sebagai guru di sekolah. Sekali dengar macam syok, dua kali dengar macam gerun pun ade nak pegi sekolah. Ustaz ni jugak sebenarnye penulis buku-buku motivasi. Cube Google nama dye, mesti ade. HIHI.

Macam entry part one, aku tulis satu-satu kan isi ceramah yang ustaz bagi. Tapi untuk part 2 dengan 3 ni aku rase macam banyak isi yang tak reti aku nak huraikan dalam penulisan sendiri. Catatan aku ringkas sangat takut ade yang tersilap fakta menjadi auta. Bab-bab Sirah ni aku takut la, kang tak memasal blog ni jadi inhirat plak. HIHI. Bukan alasan malas yer. HAKHAK.

Cume, antara intipati yang boleh dihighlightkan dalam Ustaz Sharulazmi ialah:

- Ramai orang yang kata dia percaya pada Rasulullah. Mengaku beriman kepada baginda. Tapi, hakikatnya tak ramai yang benar-benar percaya pada baginda Nabi Muhammad S.A.W. Di mulut kate percaya, tapi kenapa tak amal sunnah baginda? Astaghfirullah.

- Mengapa mesti Rasullah yang menjadi qudwah hasanah kepada manusia:

1. Diutuskan tidak tidak bukan untuk mentarbiah manusia.
2. Terbukti berjaya menyampaikan dakwah sehingga ke hari ini.
3. Metode pendidikan siaran langsung dari pencipta manusia. 

- Visi saat mula dan saat akhir baginda:

Waktu mula
Waktu akhir
Gua Hira`
Atas bukit arafah
Ayat 1-5 Surah Al-Alaq
Al-Maidah ayat
Seorang diri
Bersama 100,000-300,000 sahabat
Takut, menggigil
Senyum, gembira, bangga
Bingung mencari tuhan
Menguasai semenanjung Tanah Arab, Islam tersebar


Mengaitkan Qudwah Rasulullah dengan krisis Guru Pendidikan Islam kini:

- Mengurus manusia tugas paling sukar.
- Peranan GPI yang pelbagai bidang. Bak kata ustaz, ustaz ustazah boleh buat keje cikgu lain di sekolah tapi cikgu lain tak semestinya boleh buat keje ustaz dan ustazah. Kesimpulannya, persiapkan bekalan untuk bina jati diri, sahsian diri, semua ilmu yang berkaitan dengan dunia apatah lagi akhirat kerana kitalah orang yang diharapkan di sekolah kelak. Tak de ape yang GPI tak boleh buat. Kita orang agama seharusnya kita yang lebih banyak buat. :) Berat ni. HIHI.

Kemudian, ustaz banyak selitkan contoh-contoh Sirah aje nak menunjukkan peribadi Rasulullah:

1. Kisah Addiy (seorang Nasrani) memeluk Islam kerana tertarik dengan cara Rasulullah melayani tetamu. Boleh rujuk sendiri yer kisah-kisah ni dari sumber yang dipercayai. HIHI.
2. Kisah Uqbah bin Abi Mu`it yang baling perut unta atas nabi ketika nabi solat. 
3. Kisah Ghawrus bin al-Harith yang mencuba untuk bunuh nabi.

4. Kisah Abdullah bin Ubay bin Salul. Yang ni boleh aku ceritakan serba sedikit sebab jarang dengar kan kisah ni. Diriwayatkan, Abdullah bin Ubay bin Salul ni orang Madinah yang mana sebelum nabi berhijrah ke Madinah, die sangka die la yang akan jadi pemimpin Madinah. Tapi, tak kan, sebab nabi datang nabi yang jadi pemimpin. Oleh tu, dye pun pura-pura lah masuk Islam. 

Dye menjadi orang munafik dan tersangat lah jahat. Dah la menyamar jadi orang Islam, hasut tentera Islam Perang Uhud seramai 300 orang untuk tarik diri daripada berperang, pujuk bani Nadhir lawan Rasulullah dan batu api antara orang Muhajirin dan Ansar supaya bergaduh antara satu sama lain. Abdullah bin Ubay bin Salul ni ade anak yang bernama Abdullah jugak. Namun anak dye berbeza dengan dye. Anak dye adalah mukmin yang sebenar sampai pernah tawar kat Rasulullah nak bunuh ayah dye sendiri kerana jahat nye ayah dye ni. Tapi Rasulullah tak bagi lah sebab nanti orang akan salah faham yang orang Islam pun boleh bunuh sesama Islam.

 Walaupun jahat, tapi dah saat nak mati tetibe je Abdullah bin Ubay bin Salul ni pesan kat anak dye yang bile dye dah mati dye nak hanya Nabi Muhammad yang akan sembahyangkan jenazah dye dan kapankan jenazah dye dengan jubah baginda. Dye fikir bile dye buat cam ni syafaat nabi akan cover la dosa-dosa dye tu dan boleh lah masuk syurga. Disebabkan jahat, ramailah sahabat yang tak bagi Rasulullah tunaikan hajat dye ni. Namun, qudwah hasanah baginda yang baik lagi mulia, Rasulullah tunaikan segala permintaan dye dan maafkan segala perbuatan yang telah dye buat sepanjang hidup dye. Kesan daripada tindakan Rasulullah tu, semua pengikut Abdullah bin Ubay bin Salul ni masuk Islam.

Kesimpulannya:

- Semua manusia ni Allah telah kurniakan aura atau keistimewaan masing-masing kerana Allah tu Maha Adil. Jadi, carilah aura anda dan sebarkan lah untuk kebaikkan.
- Kita haruslah mencintai untuk dicintai orang. Sebagai guru misalnya, kita tak kan dapat kasih sayang murid, selagi kita yang tak cube menyayangi mereka.
- Cipta gelaran yang baik pada murid-murid seperti yang dilakukan oleh Rasulullah untuk naikkan motivasi mereka.


- Tangani masalah salah laku di sekolah sebagaimana yang Rasulullah ajar:
1. Tidak siasat latar belakang pesalah.
2.Tidak memalukan pesalah.
3. Bagi ugutan bagi orang yang belum melakukan kesalahan.


Akhir kata ustaz: Jangan buat pelik-pelik, jangan sampai aura kite sebagai ustaz dan ustazah dipertigai.





Bagi sesentengah orang, mungkin slot ketiga ni paling yang ditunggu kot. Aku pulak sampaikan tak tertulis catatan sebab ternganga tengok cara ustaz sampaikan ceramah live. HAHA. Hiperbola. Maklumlah, ustaz selebriti iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang terkenal dengan blognya di Saifulislam.com. atau mesti semua orang pernah dengar buku Aku Terima Nikahnya bukan? Ustaz Hasrizal ni lah penulisnya. 





Selaku pembentang paling last, Ustaz Hasrizal bentangkan tajuk Sirah Sebagai Rujukan Pendidik. Tak banyak yang aku boleh sebut sebab nota aku masa ni sikit saja. =(

Rasulullah sebagai pendidik:

- Kita adalah apa yang kita percaya.
- Dia adalah sebaik pendidik. Kisah Muawiyah mengucapkan Yarhamkallah kepada orang yang telah bersin semasa dalam solat. Nabi tegur dengan cara tidak memalukan, dengan berhemah.
- Karakter guru yang ada: Pendidik, Cara, Didikan.

3 peringkat pendidikan:

- Tilawah (membacakan) : Sekadar bagi tahu sahaja.
- Tazkiyah ( internalisasi) : Isi pengajaran masuk ke dalam penghayatan sesorang dan tahu serta mahu buat apa yang di ajar. 
- Ta`lim (mengajar) : Al-kitab dan al-hikmah.

Empati sebagai pendidik:

- Kualiti diri kita.
- Bukan berminat dengan subjek sahaja, tapi berminat dengan setiap nilai ihsan anak murid. 

Halangan dalam mengambil contoh:

- Bukan semua orang dapat mengambil nabi sebagi contoh tauladan sepenuhnya dalam kehidupan. Misalnya kisah di mana Rasulullah bertanya kepada Aisyah R.A mengenai makanan yang ada di rumah. Jika ada Rasulullah makan, jika tak da, baginda akan berpuasa. Dari segi kisah ini, ramai yang persoal akan tanggungjawab Rasulullah ke atas isterinya. Mungkin kita sendiri akan marah kalau suami buat macam tu. Tapi di sini Ustaz Hasrizal nyatakan 2 cara bagaimana kita boleh aplikasikan Sirah baginda ini sepenuhnya:

1. Memikirkan matlamat akhirat semata. Walyaumul akhir.
2. Berada dalam mengingati Allah. Wazakarullaha kasira. Setiap perlakuan itu harap-harap menjadi ibadah.


Banyak lagi yang Ustaz Hasrizal kupas. Tapi aku yang tak catat sepenuhnya. Bagi yang belum, kunjung mengunjung lah ke  blog ustaz. Banyak ilmu fee kat sane. Tak payah bayar. HIHI.




Ustaz diiringi Ustazah Zulina berangkat meningalkan majlis.




Muke wajib masuk blog. =_=






Serba sedikit suasana Seminar Sirah semester 3 pengkhususan Agama Islam dan Pengajian Al-Quran. Terime kaseh kat senior semester 5 dan adik-adik junior semester 1 dan 2 yang jugak datang memenuhkan dewan. 






Farah Husna dan Kakak Jejai. Geng kelas agama 03. HIHI. Senyum lelebor. :)






Semua yang ada, mari-mari cek muke sendiri. HIHI.





Nazrin yang jadi MC cute mute pada hari tersebut.





Barisan Ahli Jawatankuasa Penganjur Seminar Sirah Semester 3 2012. Diketuai oleh Encik Daus  dan Cik Najwa tu. Dan tak yah cari aku kat mane, memang tak de.  HAHA. Cayalah budak satu kos. Sayang kamu kerana Allah. =)

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta Ucapkanlah salam sejahtera Dengan penghormatan Yang sepenuhnya.

Surah Al-Ahzab ayat 56

Alluhummasolialasayyidina Muhammad. 

No comments:

Post a Comment