Saturday, March 3, 2012

Hari Keluarga Batch PISMP Semester 3 Ambilan Januari 2011

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

 Hari ni sebenarnya batch aku anjurkan pertandingan bola baling dan bola jaring untuk semua ahli batch. Time agak tak kene sebenarnye sebab ramai budak batch yang tak de mase ni. Ahli Dakwah ade program kat luar, kelas agama 04 pergi rehlah, budak BM ade yang keluar buat projek dan macam-macam lah.

Tapi disebabkan ni je kot tarikh yang ade, buat lah jugak ikut perancangan majlis tertinggi batch. Kire game untuk sape yang ade ajelah. Bunyi cam sedih je plak kan. HAHA.






Awal-awal pagi, Nawal merangkap penolong kuliah aku datang dengan mama dye jamu kami sarapan. HIHI. Nawal orang Banting aje, jadi boleh lah takat nak ulang alik sat tu. Terime kasih mama Nawal sebab sudi datang bawak bekal makan sekali jamu budak kelas. =) Mak cik baik sangat. 




Gambar ni blur sikit. Makan ramai-ramai kat tepi padang sebelum mulakan game.




Berikut adalah barisan ahli bidan terjun. HAHA. Aku memang la pernah main bola jaring, tapi memang dah lame la kisah tu. Aku main last mase sekolah rendah hingus-hingusan kesat kat tudung lagi kot mase tu. Memang tadi nebes sangat tuhan je lah yang tahu betapa gementarnye aku dan kawan-kawan main sebab tak tahu pape. Nida cakap nebes same macam nak test JPJ. Apo la. HAHA.

Akhinye setelah disepakati jumhur ulama` ni lah posisi yang aku dapat. Oh yer, gambar macam edit profesional gile kan. HAKHAKHAK. Faham-faham je ler terpakso lah den edit kang kene banned susah lak kang. Nak kene letak jugak gambar ni sebab kenangan. Memang besh pengalaman jadi Goal Shooter ni sebab rilek aje, jarang bola nak sampai kat gawang gol aku tadi. HAHA.





Ni je lah muke-muke harapan kelas. Yang lain semua ade hal. Kene la faham time orang ade hal kan, harap-harap lepas ni orang pulak yang faham kalo kite ade hal. HIHI.





Sebelah padang sane budak laki main bola baling. Tapi aku berani ambik gambor jauh-jauh je ler tak kan nak gi snap beria depan diorang kan. HIHI. Mungkin dua tiga hari lagi majlis tertinggi akan letak gambar semua kat FB. Mase tu leh la aku copy and paste. HIHI

Banyak kisah dalam main tadi ni. Mule-mule kami lawan dengan group Tesl dan keputusannya memang kesian la kat kami. Second game pulak lawan dengan group Pemulihan. Dalam game kedua banyak peningkatan yang team kami dapat. Mase ni aku mulalah dapat kesedaran agar lepas ni berlatih la banyak-banyak. Insaf. =( 




Konon hebat r main kan sampai seluar semua lencun-lencun. HIHI. Apepun aku rase ukhwah team kelas aku tadi naik dengan mendadaknya. Aku sayang mereka kerana Allah. Sweet tak budak kelas aku punye ayat sekarang? Aku sayang kamu kerana Allah. Sweet kan? HIHI. Kalau sweet boleh lah try ucap kat kawan korang plak. HIHI. 

Jom berlatih bola jaring pas ni. =) Jangan hangat-hangat taik ayam sudah. HAHA.

1 comment: