Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Allah, bila hati dah gundah gulana baru lah nak ingatkan Allah. Nak dijadikan cerita, hari Ahad tu sampai-sampai je kat maktab, lepas siap mengemas bilik semua aku online la sekejap. Tersentak aku bila bukak dashboard blog tengok ada banyak komen. Tak sangka rupanya ada insan yang tak senang dengan blog aku.
Yer, aku akui aku seorang penulis blog yang sangat khilaf. Jauh sangat nak menyampaikan sesuatu berguna dengan lantang membicarakan isu-isu serius. Tapi, aku niatkan blog dijalan yang baik. Sugguh aku niatkan pengalaman aku untuk dijadikan panduan orang yang memerlukan. Mana tahu walau sekecil-kecil peristiwa aku boleh jadikan inspirasi bagi orang lain. Namun, tak sangka jugak masih ada insan yang terlebih baik hati dan terbanyak masa menegur dan meninggalkan komen di blog aku dalam erti bahasa orang yang tak belajar apa itu sopan santun dan seni dalam percakapan. Biarlah, aku sekadar menerima.
Dah dua hari aku ambik keputusan untuk blok blog aku dari viewers. Sedih sebenarnya sebab aku tahu walau blog aku tak sehebat orang lain, tak sesedap bacaan dari orang lain, aku tahu ramai sahabat aku yang mengikuti, bertukar kisah-kisah dengan aku. Tak sempat rasanya nak tulis email nak tanya khabar sorang-sorang kawan dari sekolah rendah, tak menang tangan pulak nak sms setiap masa. Jadinya aku ingatkan dengan blog, aku boleh berkomunikasi dengan ramai sahabat aku di luar sana.
Tu baru satu bukti menunjukkan betapa lemahnya diri ini. Baru kena terjah sikit dah macam ni kan. HIHI. Sebenarnya kalau nak cakap dari semalam otak aku macam dah berpinar. Semalam pulak, kerajaan Malaysia telah selesai tugasan membayar gaji para guru pelatih untuk 6 bulan termasuk lah untuk aku. Hari elaun masuk sebenarnya bukan lah hari permulaan bagi aku. Dah boleh nak cakap hari pengakhiran setelah duit di tolak-tolak di terajang ke sana ke mari. Allah, Allah, Allah. Kita selalu duk dengar pepatah duit bukan lah segala-galanya. Tapi segala-galanya nak kan duit.
Jiwa tak tenang aku rasa sampai lah masuk kuliah Tafsir dan Tilawah Al-Quran Ustazah Sarkiah tadi. Hari ni masuk topik kepentingan Al-Quran. Ustazah pulak suruh buat pidato individu kelebihan Al-Quran 2 minit setiap seorang.
Banyak hujah-hujah kawan aku tadi, dalam banyak-banyak hujah tadi rugi kalau aku tak highlight kan kata-kata Kak Na tadi yang mungkin aku rangkumkan dalam bahasa aku sendiri,
"Kite sibuk fikirkan duit kita, cukup ke untuk hari esok, untuk bulan depan, kite sibuk fikirkan kerja kita yang tak berhabis-habisan, kite memang sibuk buat itu dan ini, kite sibuk fikirkan masalah kite yang tak kunjung tibe. Tapi jarang pulak kite nak sibuk-sibuk pasal bekalan kite di akhirat cukup ke nak menjamin kite ke syurga. Insya Allah, kalau kita amalkan ayat Al-Quran, kite akan rasa Allah ada dengan kite. Walaupun kite susah tak de sapa yang kite boleh harapkan, dengan baca Al-Quran ingatlah Allah dekat dengan kite. Allah ada di sisi kite dan kena percaya bahawa akan ada rezeki Allah dari sumber-sumber yang tak diketahui kalau kite sentiasa mengharapkan bantuan darinye setelah kite bersusah payah berjerih perih."
Allah... Aku rasa terus terjatuh terjelepuk ke lantai yang licin sampai terpelesot. Betullah kite sebagai manusia sentiasa perlukan makanan rohani. Salah satunya dari teguran-teguran sahabat pun dah memadai. Aku insaf. Selama seharian semalam aku runsing fikirkan cukup ke duit aku. Selepas mendengar tazkirah pendek Kak Na aku rasa macam ada satu muhasabah baru. Walaupun duit memang tak bertambah tapi yakinlah rezeki ada di mana-mana cuma kite sebagai insan yang berakal kena pandai menguruskannya bukan duit yang menguasai kita. Aku cakap pasal duit sebab semalam ramai budak maktab yang dah dapat duit.
Terima kasih baca entry ni. :)
owh. akhirnya
ReplyDeletefira syg, biar manusia tidak pandang kita, Jangan ALLAH tidak pandang kita dgn pandangan kasih sayangNya ^^ Nauzubillah
ReplyDelete