Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Entah kenapa la pulak kan tengah-tengah dua roomate tak official aku sedang nyenyak tidur walaupun malam tak kunjung tiba lagi tapi aku pula sibuk nak menggamit kenangan lalu dengan post-post zaman sekolah.
Salah satu kenangan yang besar jugak dalam kehidupan aku yang harus aku catatkan di sini sebab da lama sangat gambar-gambar ni disimpan dan mungkin akan dilupuskan. Entry bukan langsung berniat nak menunjuk sebab terlalu sikit pengalaman yang aku ada nak dibandingkan dengan orang lain.
Aku mula menyertai program NILAM atau pun singkatan kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca ni mulai tahun 2007 masa aku Form 4 jugak. First penyertaan aku tak berjaya ke peringkat kebangsaan. Sekadar teman senior sekolah masa tu. Dr. Zulhairi. Mungkin tu lah detik-detik aku mula berkolaborasi dengan dia. Maklumlah, aku tak kenal lelaki kot mase sekolah. HAHA.
Empat kali aku ulang alik jugak dari tingkatan 4 sampai 5 ikut program Bahagian Teknologi Pendidikan Marang *kalau untuk negeri Terengganu lah*. Las-las aku menang jugak lah mase tingkatan 5 untuk kategori sekolah menengah luar bandar.
Format NILAM ni bukan diukur daripada jumlah bacaan semata, tapi dari tiga aspek. Yang aku ingat ade 3 ujian iaitu ujian pertama ujian pengetahuan. Dalam ujian ni semua pasal teknologi dalam pendidikan kene tahu. Astro tak astro semua lah diorang tanya. Banyak kepada IT la.
Ujian kedua pula, ujian temu duga. Masa ni juri-juri dari DBP, Karangkraf dan Munsyi Bahasa akan tanya soalan ilmiah la. Sekurang-kurangnya kalau ada peserta NILAM yang nak masuk competition ni, better prepare buku apa yang paling memberi motivasi pada korang dan ceritakan semenarik-menariknya kepada juri. Aku fail part ni sebab juri kata cara aku bercakap lebih nak berpidato. *Pulak dah*. So, kena faham cara jawab temu duga dengan cara beri syarahan. Sangat berbeza.
Last, barulah diorang akan tengok berapa buku yang korang bace. Winkwink. Part ni pandai-pandai lah nak hidup. HAHA.
Semua tu dah jadi kenangan dalam hidup aku. Terasa dulu hidup macam asyik nak menang aje. Letih sungguh. Tapi, apa yang aku dapat lihat sampai sekarang ialah aku mampu bukak mata aku dengan join program-program ni. Baru aku sedar yang ramai giler kot budak yang hebat masa ni. Rase tenggelam giler.
Bergambar dengan Faizal Teh Rani : Penulis Semanis Buah Epal. Pernah kan baca cerpen tu? Cerpen dalam antalogi SPM untuk zon Timur.
Bergambar dengan team dari Terengganu. Sekolah menengah ada, sekolah rendah pun ada. :)
Disamping bersaing, kami juga belajar mengenali. Persembahan team Sarawak.
Rakan peserta Negeri Terengganu. Yana (SMKA Durian Guling), Ju (SMKA Tok Jiring), aku wakil KAKARIANZ, dan aku da lupa nama dye ape (SM Sains Dungun). Alhamdullilah, aku kawan dengan Yana dengan Ju sampai sekarang. Ukhwah SMKA sungguh mengetepikan SM Sains. HAHA.
Team Terengganu
Mase seminggu tu macam-macam aktivitu ada. Motivasi dengan Angkasawan la. Tapi aku tak pandang sangat segmen tu. Aku lebih kepada perkongsian dengan pelajar cemerlang SPM 2007 mase tu. Azali Azlan. Terbukak luas-luas telinga dengar apa yang dia cakap. Biase la orang baru nak ambik SPM, ye dak. HEHE.
Mase aku join ni lah aku first time melawat Putrajaya jugak. Biase la, aku mane pernah travel-travel jauh masa ni. Tak tahu kenapa mase tu aku terdetik yang aku teringin nak belajar kat area-area sini. Tak sangka aku sekarang menetap kat Bangi ni dekat jugak lah dengan area Putrajaya. Bile ingat balik rasa nak senyum sorang-sorang. HAHA. Boleh pulak berangan macam tu. :P
HEHE. Muke nerd aje. Betullah masa sekolah menengah dulu, aku tak sempat nak belajar betul-betul. Dalam sebulan ada aje aktiviti yang aku keluar outstation la sangat. Sampaikan ada cikgu yang geram dengan aku. Dah la tak berapa nak pandai, asyik keluar aje pulak tu. Mungkin sebab tu la aku da malas nak join program sunat muakkad bile aku kat sini. HIHI.
Thanxs for reading my memory. :)
congrat! xtau pon fira menang form 5 dulu. klu x, wish siap2.
ReplyDelete