Monday, January 16, 2012

F1 in Schools 2007



Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Beberapa hari yang lepas aku ada join room akibat kebosanan yang terlampau. Tak sangka pula kat situ aku terchat dengan seorang pegawai dari F1 in Schools. Sembang punya sembang di alam maya., aku jadi teringatkan balik penyertaan aku masa aku join F1 in School ni.

Rasanya aku tak pernah lagi kot cerita kenang-kenangan pasal ni. Bila tak letak dalam blog, banyak kenangan yang da lupus. Misalnya gambar kereta yang aku buat. Payah aku cari tapi still tak jumpa-jumpa kereta yang team aku buat tu. Masa tu memang la aku tak de blog pun lagi nak tulis. Mase tu aku baru Form 4.

Sebab tu aku rase nak buat entry Qada' la. Selagi ada 4 keping gambar ni. Ok la tu kan. Ni pun belas ehsan Haflan je yang share kat FB. Nak harapkan aku, semua gambar dah ditelan masa format laptop dulu-dulu.




Bergambar kenangan dengan Abang Arif dan Cikgu Anisah masa hari pertandingan F1 in School peringkat zon timur 2007 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad.
Nama abang Arif ni pun aku da lupa sebenarnya. Mujur jumpa dengan pegawai tu kat YM. Dia yang recall balik nama penyelia aku ni. Abang Arif ni keje kat F1, so dia lah yang selalu jenguk-jenguk keje teknikal kami.





Bergambar kenangan dengan team dari SIC. Aku rasa ada banyak lagi gambar yang ambil dari team lain. Tapi sebab tak letak dalam blog, semua pun da hilang tak tahu ke mana.






Masuk pertandingan F1 in school ni payah jugak. Ni sesi kena temu ramah. Layan kan la VIP yang duk tanya macam-macam tu.






Tahun 2007 merupakan first batch sekolah menengah aku hantar team F1 ni. Ada 2 team. Team aku Ultra Sonic yang terdiri daripada aku sebagai graphic designer dan racer dan jugak presenter, Mirah sebagai entah la aku pun da tak ingat. Yang aku ingat aku jadi graphic designer, Isnyirah pulak jadi manufacturing engineer. Tugas Dibah dengan Mirah langsung aku tak ingat dah.

Team laki iaitu Transformer G1 pulak ade Nadzrul, Syazwan (Alang), Haflan (Pelam) dan Hafizuddin ke ape ek nama dye? HAHA. Aku sampai lupe woo. Nampak sangat aku memang jarang bergaul dengan lelaki. HAHAHA.


Dalam banyak-banyak pertandingan yang aku masuk mase sekolah menegah, aku rasa pertandingan ni lah yang paling payah dari awal sampai la ke titisan peluh yang terakhir. Kami bermula dengan zero untuk buat design kereta dengan perisian Solid Edge E3 dye yang tersendiri. Detik tu lah aku mula-mula kenal laptop pulak tu. Allah saja yang tahu.

Bile lakaran siap kami kene mintak sponsor untuk syarikat team. Macam-macam lah. Buat kereta lagi. Nak bagi kereta laju lagi. Alhamdullilah walaupun yang aku ingat aku tak pernah percaya kereta aku akan bergerak sebab kami tak cukup masa nak test pun kereta tu boleh jalan ke tak. Akhirnya masa hari pertandingan, kereta aku banyak kali lah jugak menang dalam banyak-banyak race tu. HIHI.

Kami jugak kena present preparation team dengan juri dalam Bahasa Inggeris. Ngeri sungguh. Selepas dihitung ditolak dicampur not bad lah jugak team aku dapat no 6 secara keseluruhan dari 20 team. Eh, da cukup kembang lubang hidung aku mase tu. HAHA.


Bila dikenang kembali, aku sekarang da tak macam dulu. Kalau dulu, nak duk rehat sekejap pun aku tak de masa. Macam-macam komitmen sampaikan buku Add Math tak sempat nak sentuh. *kenapa mesti Add Math* HIHI. Patut la dulu aku kurus kan. *bile mase lak ni* HAHA. Nak dibanding dengan sekarang hidup aku pemalas gile. 

Kalau la Abang Arif terjumpa entry ni, who knows? Geng F1 KAKARIANZ batch kiteorang sangat-sangat nak contact Abg Arif balik. Add FB pun tak pe lah. Dengar kata Abang Arif pun da ada anak kot sekarang. HIHI. Time changes just like that. :)


Thanxs for reading this entry.




















3 comments: