Monday, January 16, 2012

AMSA Bangi Driving Academy

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Sebenarnya rasa menjadi tanggungjawab sosial pula untuk aku tulis mengenai AMSA iaitu singkatan kepada Akademi Memandu Shah Alam ni. Bila aku tinjau-tinjau traffic blog ni, aku rasa ramai yang menggoogle mengenai AMSA dan sampai ke blog aku. Bukannya sekali dua, rasanya setiap hari akan ada yang hit dekat entry tu. 

Sebenarnya dalam entry tu aku cuma ceritakan memory aku yang belaja kat situ aje. Rasanya tak de lah info lain. Disebabkan rasa macam menjadi fardhu kifayah je nak bantu orang. Aku cuba lah untuk terangkan apa yang aku tahu mengenai AMSA cawangan Bangi sahaja sebab aku belajar kat cawangan Bangi ni aje. Cawangan lain aku tak tahu lah macam mana.

First, lokasi. Land mark dye senang aje iaitu bersebelahan dengan ILIM. Kalau yang tahu mana letaknya IPGM Kampus Pendidikan Islam terus sahaja masuk lorong maktab dan straight sampai la jumpa AMSA ni. Kalau budak maktab IPIS ni pulak aku rasa jalan kaki pun tak sampai 20 minit dari pintu masuk pun da buleh jumpa AMSA ni. Nah, klik sini untuk peta

Yang kedua, mesti ramai yang nak tahu pasal bayaran kan? Aku tak dapat nak bagi angka sebenar untuk bayaran ambik lesen ni sebenarnya. Oleh kerana aku mendaftar dengan ajen yang membuat promosi dekat maktab, jadi dapatlah aku harga student. 

Untung buat dengan ejen ni sebabnya kau orang cume call dan cakap je bile nak belajar ke, nak ambik test JPJ ke. Semua ejen yang akan uruskan pergi balik serta urusan pendaftaran nak test ape-ape ke, nak siapkan lesen ke. Senang citer, pengalaman aku buat lesen dengan ejen sangat-sangatlah menyenangkan urusan aku sebab diorang pun memang cekap dan profesional buat keje. Cume rugi sikit la dalam urusan duit sebab buat dengan ejen harga bertambah dalam RM 250 ++. 

Cume anggaran kasar yang aku boleh buat adalah dalam RM 550++ untuk lesen kereta D kalau tanpa ejen, dan RM 190++ untuk B2 iaitu motorsikal biasa juga tanpa ejen. Aku yang buat lesen B2 dan D dengan ejen hari tu *kire-kire bulan Ogos tahun 2011* dikenakan RM 939 sebab aku buat dengan ejen la.

Maybe ada yang tanya berapa bayaran repeat kalau fail test JPJ dengan AMSA ni. Kalau buat dengan ejen, maka repeat pun kena bayar lebih sikit. Kereta dalam RM 180, motor pulak dalam RM 100. Tapi kalau tak buat dengan ejen, harga repeat yang aku sempat tanya pada orang ialah RM 100 untuk kereta dan RM 40 untuk motorsikal.

Jadi, pilihan terletak pada invidu masing-masing. Buat dengan ejen memang mahal sikit tapi pasal kenderaan, duit minyak nak gi belajar memang tak payah pikir dah. Berbanding dengan buat sendiri, kenderaan kite kena pikir lain la tu.

Route mase test JPJ untuk kereta senang aje sebab hanya ada satu jalan sahaja. Jalannya bermula dari pintu keluar AMSA sampai traffic light depan maktab terus straight sampailah ke round the box atas bukit and then patah balik. Boleh tahan tak jauh tapi ada la cabaran berbukit sikit kat traffic light nak patah balik tu. 

Bagi yang nak tanya soalan seperti: "Eh, saya tak reti bawak motor, tapi saya still nak ambik jugak lesen motor boleh tak?" Jawapannya ialah sangat boleh kalau dekat AMSA Bangi ni lah. Kalau sekolah lain aku tak tahu lah. Sebabnya dekat kampung aku, aku tak leh nak ambik lesen motor sebab tak pandai. Di sini, cikgu motor sangat baik hati, plus handsome, plus tak gatal pun memang pure baik lah iaitu Cikgu Haniff. HIHI. Jadi memang dia akan ajar sape-sape dara pingitan yang memang langsung tak reti bawak motor tu secara intensif tanpa bayaran lain pun.

Kalau yang memang tak reti nak bawak kereta tu, janganlah bimbang,  belambak orang yang baru belajar nak pegang stereng macam aku. Jadi, no hal lah. Memang sekolah untuk belajar pun.

Oh ye, test JPJ di AMSA hanya hari Jumaat. Hari Jumaat dan hanya 2 kali sebulan.

Sebarang persoalan peribadi lagi termasuklah nak pilih cikgu mana ke ape ke boleh je kalau nak tanya aku dengan email aku terus di aunizafraa@gmail.com. Insya Allah aku akan jawab apa yang aku tahu la. Aku faham walaupun benda ni nampak mudah tapi aku tak sangka ramai yang google benda ni kat blog aku. Thanxs. :)

Kalau nak tahu lagi boleh lah try-try usha blog rasmi AMSA. Klik sini.

Aku jugak boleh dengan senang hati share no cikgu kereta aku iaitu Mejar Iskandar. Walaupun dia ni askar bersara tapi tak garang aih. Senang aje berurusan dengan dye.

SMS & TEL : 012 3646860
TEL SHJ : 012 643 7860

Semoga entry aku ni sikit-sikit dapat membantu siapa-siapa yang memerlukan. 







5 comments:

  1. Sama la agen kita. Hehe. Best kan kalau dia yang ajar. Baru saya tahu Abg Is bekas askar. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Sama la agen kita. Hehe. Best kan kalau dia yang ajar. Baru saya tahu Abg Is bekas askar. Hihi.

    ReplyDelete
  3. @N Athirah Al-Labuani

    hiihi. awk pun belajar ngn cikgu is jugak, same plak. hihi

    ReplyDelete
  4. Nak tnya,Amsa ni bukak tak hari ahad?

    ReplyDelete
  5. Nk tnya, amsa ni bukak tak klau hari ahad?

    ReplyDelete