Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Lepas je sambut raya tak sampai seminggu pun kat rumah dah kena naik KL balik. Ni pulak adalah cerita Pengalaman Berasaskan Sekolah untuk semester 2, Merdeka, dan Raya lah sangat 2011.
Semester ni seperti yang telah dirancang turn Minah la plak jadi host kat Kuala Lumpur. Sekolah pilihan ialah SK Datuk Keramat 2, KL. Cume bile aku buat kat rumah Minami Chan ni aku tak de feel PBS lah sangat sebab macam da selalu sangat weekend pergi rumah beliau. Hihi. Rase macam cuti-cuti weekend aje.
Hari Pertama: 5 Sepetember 2011
Perhimpunan awal pagi lepas aje lapor diri kat pejabat.
Tetibe plak aih mase ni pulak nak tumbuh jerawat gedabab. Ni kes berlagak punye pasai ah ni dalam entry raye lepas. Mase-mase ni lah jerawat ni nak wujud. Cait.
Malamnye, mulalah beraya. Mule-mule pergi rumah Kak Linda aje. Kak Linda ni kakak ipar Minami Chan yang telah dianggap kakak sendiri. Haha. Kak Linda masak nasik goreng kerabu yang sedap bebeno aih.
Hari Kedua: 6 Sepetember 2011
Gambo hari kedua kat sekolah tadak langsung. Last-last gambo pergi Wangsa Walk aje. Haha. Sempat loi membuang duit eh. Aku sempat jugak rembat satu shoes Hello Kitty yang dapat rege sales 60% dengan hand bag baru satu. Hihihi.
Malamnye beraya lagi. Ni pergi rumah Mak Ngah Minami Chan dekat Sunway pulak. Adoi, raye KL noks I tahun ni.
Anak-anak Mak Ngah, adik beradik Mina, dan tetibe muncul 3 aliens. Haha.
Lepas pegi Bandar Sunway, pergi pulak beraya rumah Mak ape ntah da lupe. Hihi. Kat sini rupenye dekat dengan rumah Qistina dalam cite Spa Q tu. Darat betullah I mase datang sini. Haha
Aleya yang comel pun nak raye jugak. :)
Hari Ketiga: 7 September 2011
Comel je anak-anak murid pakai baju kebangsaan sebab nak masuk pertandingan pakaian beragam sempena sambut merdeka kat sekolah.
Ni pulak geng anak cikgu ambik gambo. Huh, untung la jadi anak cikgu, dapat perhatian aje. Cait.
Tengok lah sampai terlentok-lentok kepala posing punye pasal. Haha. Tak menang jugak tatau la kan. Haha.
Dan, apabila malam menjelma apo lai, kite raye lagi. Ni umah Mak Cik Minami kat Taman Kosas Ampang pulak. Sesungguhnya Minami mempunyai seorang sepupu lelaki yang agak hensem lagi rajin di rumah ini. Ahaks, statement gatai xleh blah. Haha.
Then, last malam tu pergi rumah Mak Ngah Suraya kat Ampang Indah. Banyak sungguh la Mak Ngah kan. Hehehe. Kat sini kemain sedap taw makan. Ade lodeh, ade rendang, ade masak udang merah besow2 plak tu. Macam-macam ler. Sampaikan bile malam aje mesti kenyang tak hengat dunia la.
Ni entry untuk hari pertama sampai hari ketiga je dulu. Kalau nak tengok lagi jenguklah plak lain kali untuk post seterusnya. Hihi.
p/s: rasenye macam da hafal semua sedara mara Minami Chan. Haha
sakannya berPBS hahahaha...all the best
ReplyDeleteAla mana gmbo akk kt umh m.ngah suraya..
ReplyDelete