Monday, July 4, 2011

kisah BIG lepas :)

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

sejak dua hari belog da salin kulit ni asyik bercita-cita nak hupdate belog aje. haha. sungguh seronok dengan hobi baru. *syok sendiri* 

lepas melayan perasaan balik dari kelas ni. haruslah membuka lappy kesayangan sambil melayan lagu ost A love to kill *sejak bile aku penggemar kpop tegar aku sendiri pun tatau* selain membelek-belek gambar dahulu-dahulu kala untuk menjadi kambing hitam untuk entry belog seterusnya. 

jenis aku kalau tak de gambar memang tatau nak type ape. rase macam citer syok sendiri dan tak best lah. haha. macam lah citer aku yang ade gambar ni pun best sangat. hampeh dengan prestasi diri sendiri. down. :( haha

selepas jenuh membelek. akhirnye aku terjumpe gambar ketika program Bina Insan Guru semester satu yang lepas. haruslah dijadikan bahan belog untuk kenangan bersama cucu cicit dikala uban mendatang kelak. 



 gambar dak kelas

untuk BIG kali ni kiteorang buat kat belakang maktab aje. BIG ni macam lebih kurang camping lah bagi warga-warga bukan IPG sekalian. tapi camping yang ade banyak LDK serta bukan main-main sahaja ye. semuanya ade prinsip untuk menjadi guru yang berguna sangat lah! 

mule-mule aku feeling-feeling cam tak bes je buat belakang maktab. yo lah. belakang maktab je kot. ape ado? huh. tapi lastly. aku syukur sangat kat belakang maktab je. tak do lah aktiviti padat sangat berbanding kalau camping tepi laut ke hutan ke. ni mandi pun dalam jamban ade kolah. ok kot dari kena mandi air laut. :)




disebabkan BIG ni dah lame sangat berlalu. aku pun da tak ingat dah berapa hari ianya berlangsung. hahaha. sekali lagi belog aku menjadi belog tanpa informasi dan paling tak bergune. ahh. down agi. hahaha. gambar yang kat atas ni mase kiteorang buat walk kat PD. hari second last kot. 

aku kan kalau gi mane-mane ade je cite bodo. malu ngan diri sendiri lagi ah. :(
citenye berlaku sebelum naik bukit yang aku sendiri da lupe name ni. mule-mule kiteorang sampai kat PD. encik pensyarah bagi mase seploh minit tuk gi jamban hotel yang dekat je dengan hutan ni. 

disebabkan ramai pulak lah kawan-kawan aku yang nak melabur saham ataupun pape jelah kan. kiteorang leh masuk tandas kejap-kejap je. 

aku antara orang yang awal la masuk tandas kan. konon-konon nak jadi heroin la sangat kan. tanak bagi orang lain tunggu lelamer.

sekalinye. mase kiteorang tengah buat warming up reramai. aku rase macam da tak tahan ah. aku biase-biase kalau membuang mane leh takat 2 minit-2 minit ni. tak puah aih. (cakap ala-ala kedah cam nida)

sekali. aku cakap kat orang sekeliling aku. weh. aku rase aku nak buang agi r. tak tahan r. huhuhu. sekali niat aku tu terbantut cam tu je sebab Encik Ali da marah-marah kat orang yang balik lewat dari tandas.

Ju yang gagah ade cakap. ala. tahan je la. aku rase muke aku da biru kot mase tu. orang laen duk tertonggek-tonggek montot kan duk senam 1.2.3. gembire je muke kan. 

aku mane leh duk diam. alamak. cam ne ni. da la pensyarah bising-bising sal lambat. klimaks dan suspen sunggun bile ingat-ingat balik detik cemas ni. haha

sekali. aku dengan tidak lagi mempedulikan orang lain. siap berlari terlanggar tangan budak laki kos Math kot yang tengah bersenam dan cakap kat Encik Ali. Sir, sorry sir. saya tak tahan sangat dah. saya nak ke tandas dan terus berlari. huhuhu. nak gi toilet hotel tu ade gak 5 minit berlari. adehh. disaster sungguh.

kesudahannya. aku sengsorang je. orang lain semua dah start nak daki bukit. nasib baik lah ketua kelas Encik Haziq yang baik hati bersama ketua kumpulan Encik Jai tunggu aku mase ni. hahaha. sardis sungguh mase ni. orang laen belom pape, aku da tercungap-cungap sebab letih berlari. huh. 

kesimpulannya: laen kali kalo rase nak membuang. buang je lah. jangan lah tunjuk heroin sangat ye nak cepat-cepat. menyusahkan ade la dimase akan datang. huh.





kat sini kami lepak kat tepi pantai. jungle walk la sangat kan. aku syukur sangat. walaupun aku badan cam ni. tapi setakat ni aku rase tak do masalah lagi kot nak melakukan aktiviti lasak cenggini. hehehe. lasak la sangat. haha





bersama para pensyarah 




hepi je dak kelas aku haa.




dengan budak kuliah sebelah. aku terlebih posing. selalu aje la berlaku peristiwa cam gini. haha

mase BIG ni kiteorang buat banyak benda agi. masak-masak tu duoploh pat jam. 

hari kedua kiteorang gi buat aktiviti laut. tapi tak de gambar sebab tak bawak kamera pun mase naik kayak bagai. 

bagi aku BIG ni ok la . seronok pe. orang lain da siap buat entry untuk BIG kedua. aku baru terhegeh-hegeh tulis BIG zaman dedulu. hahaha. 

*bleep* kalo nanti laki aku tanya. yang-yang, bile first ayang naik kayak. aku akan jawab. mase first mase darjah lime bang. mase pergi kem ketua pengawas la sangat mase sekolah rendah . kali kedua ayang pergi mase BIG la bang. kat laut. 

*sile muntah secara berjemaah*

ari ni hari isnin. haruslah pergi ke masjid untuk solat berjemaah. (tunjuk baik moge-moge jadi ikutan. hahaha)

bye!

1 comment:

  1. kahaha . ape hah akk smpi cite part 'tu' dalam blog . kahahahah !

    ayang ? HERRRR - ____ -

    ReplyDelete