Tuesday, July 5, 2011

30 Days Challenge - Day 1 : A Recent Picture of You and 15 Interesting Facts About You


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Akhirnye aku mencabar diri seperti mane-mane jua blogger tegar yang lain untuk menyertai 30 Days Challenge. okeyh. hari ni hari pertama okeyh. 

mari kite mulekan aktiviti yang bakal membuatkan silent readers la sangat muntah tak hengat. hahaha.



1. Menurut cerita mama aku dulu-dulu, nama aku sebelum lahir ialah Nurul Shafira Idora binti Mat Zin. Namun, berita baiknya ialah abahku terlupa untuk meletakkan IDORA tersebut ketika mendaftarkan surat beranak haku dan tinggallah Nurul Shafira binti Mat Zin itu sahaja. Sebab tu lah adik beradik aku yang lain semua ade 3 nama. Aku aje yang ade 2 nama. sebab abah lupe la. Ade baik gak nya kot. kalau tak, memasal orang panggil aku Doraemon ke. Dora the explorer ke. kau nak? ah. aku tak sanggup.hahaha

2. Aku ni dari sekolah tadika. eh bukan tadika pun. oleh kerana mama aku orang Pas. maka aku masuk Pasti. ubah ayat balik. Aku ni dari sekolah Pasti ke sekolah rendah, sekolah menengah sampai masuk u kejap hingga lah ke IPG ni, aku tak penah duk kat kelas tengah-tengah. Aku mesti aku duk kat kelas yang paling depan atau pun paling belakang. haha. Mase sekolah menengah aku duk kat 1 Mulia Bestari 1. Kat KAKA High School la sangat ni sistem dia lain. semakin sikit nombor makin ujung la kelas kau. disebabkan aku streaming ngaji teruk kot. kena duk kelas paling belakang u olls. tak sangke sekarang da nak jadi ustajah. haha. 

3. Walaupun hati aku keras. Memang susah nak dengar cakap orang bagai. Aku sangat senang untuk menangis. Aku sendiri pun tatau kenapa aku jenis sangat senang menitiskan air mata. Contoh yang paling tak relevan aku rasekan ialah bile aku leh menangis kalau tengok team Malaysia menang main sukan. contoh sukan Sea lah. tetibe the winner naik podium kan. siaran langsung dalam tibi kan. lalu aku pun tengok lah. konfem aku rase sebak je dengar Lagu Negaraku berkumandang. ah. aku pun tak faham diri aku. down. haha.

4. Baru no 4 ke? haha. da letih taip. Mungkin point seterusnya ialah benda yang paling buruk pasal aku. Sape-sape yang berkawan dengan aku haruslah wajib mengetahui yang aku sangat suke mengusik, mengondem mahupun mengenakan orang lain. Ah. rasenye hidup takkan lengkap seharian tanpa mereka gosip baru. hahaha. Namun begitu aku sangat tak suke jika dikondem. ah. rase tak mau hidup da. haha. 

5. Tabiat aku yang paling ketara ketika chat mahupun sms atau ape sahaja komunikasi bertaip ialah terdapatnya perkataan HAHAHAHAHAHA yang terlalu banyak dan kadang-kadang tak kena tempat. simtoms ini tidak lain tidak bukan kerana telah terjangkit daripada off course la seseorang kan. hahaha. eh,aku pun tatau ape ubatnya. hampa :(

6. Sangat-sangat suka makan. Jarang-jarang je tolak makanan. Mase demam pun leh makan 2 pinggan nasik. ni yang memang penyakit paling teruk ah. tensen . :)

7. Orang yang sangat yakin dengan diri sendiri ketika tahap keyakinan sedang memuncak seperti tega perasan diri bagus la sangat walhal ramai lagi orang bagus dari hamba yang paca hina ini.

8. Namun, boleh juga menjadi orang yang paling hilang kawalan diri serta paling tidak mempunyai sebarang keyakinan terhadap diri sendiri sehingga takut untuk melihat cermin. 

9. Sejenis makhluk yang sentiasa memikirkan jodohnya. Nampak seperti paling sedih kan? hahaha. sile berhati-hati jika anda masih single. haha

10. Seorang kakak yang amat sayangkan adik perempuannya. Masih lagi mencium serta mendokong serta melakukan ape sahaja perbuatan yang boleh menyebabkan adik berasa geram kerana menganggap adiknya sebagai baby walaupun beliau telah berusia 12 tahun. hahaha

11. Sangat boros orangnya. Boleh menghabiskan elaun sebanyak rm 3800 dalam mase 3 bulan. sangat penting untuk berubah supaya tidak lagi menjadi pengemis terhormat.

12. Seorang budak perempuan yang baru sahaja meminati KBSW secara tiba-tiba akibat pengaruh Boys Over Flower. Kalau dulu jangan harap nak tergedik-gedik minat Super Junior bagai namun sekarang tidak lagi. Setiap hari menyanyikan hampir kesemua ost BOF sambil didengari oleh roomate Nida Husna.

13. Sangat menyukai drama komedi bersiri The Nanny dan Oprah Winfrey Show. Kalau dulu The Nanny ade di Hallmark channel, tapi sekarang dah tak de pulak. Oprah pun da sampai farewell season. macam mana ni? haha

14. sahabat sampai mati dengan Huda  Husna. Hafiza Hawa. Nida Husna. Kumin Pisang. tatau nak idup macam mane kalau tak de orang-orang ni. sarangheo. :)

15. Angan-angan dari dulu nak buat talk show macam Oprah Winfrey. entah jadi ke tak tatau la kan. :)

16. Selalu tertidur kat dalam kelas sejak masuk tingkatan 1 sebab pengaruh duk kat ostel. pengalaman paling ngeri kena baling duster dengan cikgu kemahiran idup. oh. dasyat! haha

17. Tanpa segan silu memberitahu bahawa status sekarang ialah single mingle available namun setiap hari menjadi stalker kepada lelaki idaman hati yang telah pun mereject diri ini. hahaha. statement tak leh blah. namun sentiasa belajar dari kesilapan. daku bahagia begini. biarlah begini sahaja. izinkanlah diri ini terlena didalam mimpi untuk seketika. bengongness~haha

18. Haruslah mengetahui bahawa setiap hari berdoa agar diri ini istiqamah dengan tudung labuh satu hari nanti. masih dalam proses. doalah ramai2. amin~

19. Sangat suke berangan. Banyak sangat. haha. 

orang suh buat 15. aku belasah sampai 19. bantai je lah. haha




4 comments:

  1. ada beberapa fata pasal awak yg nak sama dgn saya. cam boros tu n minat tgok kbsw tu. haha. XD

    ReplyDelete
  2. milimilo. sape la tak suke dengan kbsw kan? hehe

    ReplyDelete
  3. peminat korea gak ke ? KAH2 . BOF ? Apa barang ? Wahaha . Soundtrak die bes ah lagi2 Something happened to my heart . KAH3 .

    Karat betul

    ReplyDelete