Saturday, June 25, 2011

tips untuk menjadi pelajar IPG yang tidak glamer semasa Minggu Pengurusan Pelajar

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. 

Di petang hari Sabtu yang permai lagi angin sepoi-sepoi bahasa disamping perut berkeroncong menyanyikan lagu irama Malaysia mengikut rentak Dayang Nurfaizah akibat malas untuk membeli makanan di kafetaria kerana tak lain dan tak bukan ialah disebabkan malas. 

Tahukah kawan-kawan yang bukan dari warga IPG (ayat UPSR unsur suspen) . Baru-baru ini warga INSTITUT PENDIDIKAN GURU baru sahaja selesai menerima sejumlah bilangan pelajar baru.(eh. buat laporan ke kau ni? haha) 



gambar ini aku tangkap dari tingkap bilik aku je ha. gune handset je. sebab tu tak nampak. hihihi. tapi nampak la jugak kan kelibat yang pakai baju putih tu kan. haa. tu la budak baru. kena marah time ni ha. hihihi. pastu tetibe je lah kan rase nak buat entry cam ni. eh. tak nak bace. senyap dah eh. hihihi

TIPS NO 1:

malam mase nak daftar tu, adik-adik jangan lah makan benda-benda pelawas pulak eh. mase Minggu Pengurusan Pelajar Baru ni ha, semua benda nak kena cepat. mandi pun tak sempat nak jirus je mesti da kena sergah.aiseh. alangkah pula nak berak lame-lame. memang tak lah jawab nya. apetah lagi yang minum greenfit ke ubat kurus ke. jangan eh. sape la tu yang minum ubat kurus tu gamoknye ha? hihihihi. 

story aku dulu-dulu: aku ditempatkan sorang-sorang je di celah-celah senior sebab aku register lambat sket. disebabkan sorang-sorang. aku takut nak tido sebab aku takut kalau aku tido, aku tak bangun-bangun dah.dan konfem tak de geng junior kejutkan aku sekali. menyedihkan bile ingat aku sandar je tepi katil sambil tengok jam sebab tak nak bagi lena sangat. dah la handphone dye ambik. wuwuwu. tak leh nak set alarm. huhuhuhu. 

TIPS NO 2:

sehari sebelum sebelum mendaftar. ucapkan lah selamat tinggal yang terakhir kalinya pada buah hati yang tersayang. sebab mase ni seminggu woo tak leh sms. tak leh kol. kalau aku tak pe je lah kan. tak de sape-sape yang teristimewa. kehkehekeh. 

story aku dulu:  bile je handphone aku kene ambik ngan fasi. kak in (roomate aku dulu) bagi pinjam phone dia. sekali aku silap tayang kat luar bilik. ade akak fasi tu ternampak sambil padang aku 90 darjah tepat kedalam bebola mata hitam aku woo. alamak. teringat lak time tu. nebes sungguh. huh.

TIPS NO 3: 

kalau pun anda bukan lah seorang yang noob. jadilah diri anda noob untuk seminggu tu aje. persetankanlah ape sahaja yang anda terima. tomohan. kritikan.kutukan. sengketa. darah tumpah nya darahku. ape sahaja lah dalam erti kate lain. sile la terima dengan ape adanya. sambil smile. haha. sesungguhnya fasi-fasi adalah amat poyo dan adalah penting untuk anda jadi poyo sekali. tehee. 

story aku dulu-dulu: mase malam tu aku balik dari dewan bersama Ju. kami sangat letih tatkala jadual kami yang padat. aiseh. tak leh blah ayat. tibe-tibe kiteorang terserempak dengan seorang akak senior berkelas atasan pada MPPB  tersebut. disebabkan kesalahan lalu ditepinya dengan tidak memberi salam. aku dikecam hebat. 

akak senior 1: weh. kurang ajaq ah adik-adik junior ni. sikit pun tak bagi salam ek lalu kat tepi. kurang  ajaq betol la, letih kite duk ajaq depa. (mungkin beliau dari utara. hahaha)

dak Fira yang innocent: Ju. akak tu cakap kat kite ke Jue?

dak Jue yang gagah: yela kot. biaq la.

dak Fira yang innocent: akak. saya mintak maap sebab tadi tak bagi salam. ye akak. mintak maap.

pergh. aku memang noob! lalu nama aku tidak diambil untuk dijadikan mangsa pada malam prank final day MPPB. untungkan! weh kate la untung walaupun nampak aku cam bodo gile mase ni. haha

TIPS NO 4:

walaupun tips no 3 kate jadi lah noob siket tak bermaksud anda perlu jadi bodoh. sebarang perbuatan yang anda rasekan anda tidak pernah lakukan. 
anda tidak perlu mengaku ke atas kesalahan yang mungkin sipi-sipi anda buat tapi anda tak buat pun sebenarnya. kerana yes totally anda sedang diprovoke habis-habisan. 

story aku zaman dulu-dulu: mase kejadian prank. ahli fasi yang tegas lagi berkaki lebar menyuruh pelajar-pelajar yang memakai short di asrama supaya bangun dan mengaku kesalahan. pergh. mase ni la aku rase cam da ala-ala nak jadi glamer siket sebab da nak bangun di hadapan khalayak kan. sebab nak ngaku dose kan. padahal kan. aku pakai short time asrama kat Kaka High School la sangat dulu je. tapi nape perasaan bersalah aku terbawak-bawak ke hari prank tersebut. ye! tak laen tak bukan sebab anda diprovoke. banyak lagi benda yang tak masuk akal rase masuk akal je time ni.

haha. kalau mengumpat dengan mangsa-mangsa yang lain. sampai bile-bile pun tak kan habis. hehehe. 

sesungguhnya pengalaman menyertai Minggu Pengurusan Pelajar Baru di sini ceh. hampeh. memang tak dapat aku lupekan. (ayat darjah 6 lagi) 
hihihi. nak gelak pun ade. buat adik-adik yang nak daftar lagi pada tahun berikutnya. rasa lah. memang bes.

sesungguhnya. peluang untuk glamer itu sentiase ade. senang je. orang laen buat lain. kite buat lain kan. hehe. tapi aku lebih senang memilih cara low profile teacher wanna be. hohoho. sungguh tak boleh blah entry aku kali ni. 

akhir kata pesanan buat ramai lagi bakal guru. jangan sesekali hina fasilitis kat  IPG sebab kau pena masuk  universiti kejap. course off la tak same beb. ibarat langit dan bumi. mungkin macam Bandar Dungun dengan Kota London kot. tapi syukur lah sebab kau insan yang dipilih dan kau ade elaun beribu-ribu lemon setahun.jadi syukur lah. =)



2 comments:

  1. kebanyakan fasi time orientasi memang poyos nak mampos. tapi bila dah habis orientasi dorg la paling sporting sekali :)

    ReplyDelete
  2. Amboi MAKTAB pun nak HIGH jugak . Ahhh , buat bodo je suda . nak tacing2 lak . kahaha

    ReplyDelete