Sunday, June 19, 2011

entry home sick day 1

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang kerana dengan izinNya nyampai jugak aku kat maktab perguruan islam nih dengan jayanya.


dari dulu sampai sekarang kalau tak de masalah dengan sistem guard negara kat mane-mane pintu masuk institusi pendidikan nih tak sah. (ayat hiperbole) kalau dulu dengan GABBY kat Kaka High School la sangat. sekarang dengan kakak-kakak somel depan maktab ni pulak. ade ke patut datang awal pun nak kene bagi sebab. aiseh. da merapu lak citer sal guard.


Hari ni Father's Day kan. Father's Day la sangat tapi aku macam da ingat dan rindu semua orang je. Mama. Adik. Nenek. no empat baru Ayah.siap teringat kat die lagi. ape kes homesick ingat kat dye? huh! haha. 


dan segala macam harta karun dirumah seperti makanan yang sedap bile lapo je bukak periuk nasik. bile lapo je bukak peti ais sambil rase puas dan tak bersalah sebab dah mind set ni cuti~ gasak ah nak makan banyak mane pun. kalau tak makan nanti mesti ade naluri jahat cakap makan la. nanti balik asrama menyesal kalau ingat balik ni. Ceh.ceh.ceh. 


~tetibe je teringat durian dalam tupperwear kat peti ais tinggal tiga ulas tak sempat nak makan sebelum balik~ see!!!


cume teringat kat mama. malam yang sebelum balik sini. mama lepak jap kat sebelah aku ngan adik sebelum tido. mama peluk-peluk aku dan cakap. malam esok along dah tak de la dik. adik tido sorang la. siryes nak nangis bile my mom tetibe je buat loving terlajak cam ni. wuwuwuwu. 


namun aku pulak mengkontrolkan diri dengan mengurut-ngurut bontot beliau lalu keluar la angin. haha. mama aku pantang je urut badan die mesti kelua la angin-angin. mama. miss u.


btw. saje nak tulis kat belog. tolong ah percaya yang aku langsung tak gile trafik. haha. belog cabuk tuk kepuasan diri sendiri. ceh. tak memasal emo. haha. aku da belajar naek moto. senang je padahal. haha. sakan gelak ngan mak teh mase belajar. sebab antara break dengan gear pun aku tak reti nak bezakan. huh.


cepat la jadi dewasa. tak sabar nak berbakti pada mereka yang banyak bekorban untuk diri ini. impian aku kalau da keje. aku nak bagi duit kat abah beli je ape yang die nak kat pasar raya. tahukah anda abah saya sangat suka makan jajan dan jelly dan etc! haha. impian utama mestilah nak nak bawak abah pergi tengok bola dekat stadium BUkit Jalil. kan bah! (mesti ade orang cakap. gile punye anak. pasang la niat nak bawak ayah gi haji ke umrah ke, ni BUkit Jalil je? haha) bah. kite tengok bola sambil sorak sambil bergumbira eh bah ti. bah tunggu along keje. along bawak abah sekali dengan laki along. dia pun fanatik bola gak bah. err! Insya Allah. =) (tengok la laki aku nanti, minat bola ke tak gamak nye? haha) tetibe~ Selamat Hari Bapa Abah~


mama cakap. kalau nak cari suami. cari macam abah. pandai masak. sembahyang 5 waktu sehari semalam kat masjid. buat kerja rumah tak mengira. eh. abah aku pandai buat segala desert tradisional sebab mak aku tak pandai. abah penyanyang walaupun kadang aku konfius dengan cara die. contoh: die suke menyampuk kalau kiteroang tengok citer kartun.duk tanye sape naruto bagai. he needs attention from us! haha


dan aku tahu abah sanggup buat ape je janji aku dengan family bahagia.thanxs abah. last, abah sangat minat bola. ciri ni perlu ke? haha.


abah u r my the best. abah. can he loves me likes you? abah. i dont know why must i have another men in my life than u eventhough he never loves me and I always makan hati setiap mase. 


eh! tetibe ayat nak pelempang diri sendiri. haha. no more tears. bye!

No comments:

Post a Comment