Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Mase Along ajak pergi IKEA, hati aku dah bersorak sorai keriangan dah. Maklumlah, selama ni aku duk bace je kot pasal IKEA bagai kat blog Kak Ana dan blogger lain. Kecur ayaq liur tengok meatball yang femes hituuu. Aku pulak memang susah lah nak gi sane, hanyalah budak kampung tiada kereta nak bawak gi jalan-jalan. LALALALALA.
Pagi-pagi lagi kami keluar rumah. Rupenye dekat je dengan rumah Along, tak sampai setengah jam pun. Aku baru tahu jugak yang The Curve, Kidzania pun jiran tetangge IKEA. Haila. Ape punye kuno la kan.
Testing-testing adekah kerusi ni lulus piawaian had berat muatan. HIKHIKHIK.
Anak buah aku kat mane-mane pun leh sawan bergambor. Macam auntie dia jugak.
Cermin jalur-jalur ni cantik jugak. Sekeping rege dia 30 hinggit. Boleh la tempek kat dinding rumah kalau dah taktau nak tempek hape. Review aku bapak bosan kan. LOLOLOL.
Tak dak sapa nak ambik gambaq haku. Budak-budak ni kalau kite nak ambik kan gambaq diorang sakan la. Bile gambaq aku harom tak nak layan. Jadi aku syok sendiri la.
Akhirnya Wafa ambikkan jugak gambar aku setelah didera-dera. HIHI.
Antara art work yang ade kat sini. Sape-sape yang fanatik negara luar sangat tu boleh la beli. Tempek besor-besor kat dinding umah pastu heboh-heboh boypren beli kat luor negara. Padahal belakang made in Bangladesh. LOLOLOL.
Annoying sungguh dengan gambar-gambar verangan ni. HAHA. Maaf ye tuan-tuan puan-puan yang baru datang bace belog saya. Maklumlah ni baru pertama kali saya ke sini. Lambat laun saya tidak akan berperangai sebegini lagi. HIHIHI.
IKEA sekarang tengah berlaku lambakkan ular merah ni. Merah tak merah jugak lah. Banyak kaler lagi yang ade lagi, mungkin mereka-mereka ni dijual sempena Tahun Baru Cina ni kot. Ikut kalendar lunar kan tahun ni tahun ular. Jadi banyak lah ular-ular yang dijual ni. Ape lagi, sakan la anak buah aku hangkut sorang satu.
Waqi punye keje. Dia kate comel aje ular jadi cam ni.
Antara koleksi yang ade kat sini. Ni aku suggest diorang je lah yang duduk. Aku tak berani pulak nak buat ujian ketahanan kat benda ni. HIHI.
Bile jumpe sudut-sudut dapur mulelah berangan membeli belah perkakas dapur bersama suami yang calonnya masih tak kunjung tiba. HAHAMPEH aje. HAHA.
Bagi sape-sape yang tak tahu, cara membeli belah kat sini ialah dengan mengisi kod barangan yang kite nak dalam form ni. Isi siap-siap perabot atau barang mana yang berkenan di hati. At the end nanti baru lah kite yang pick up sendiri ikut kod yang telah dilabel. So, jangan lupe bawak pen jugak ye mak cik-mak cik. Kalau melilau harapkan pekerja dia tolong memang bukan budaya diorang lah kot. Aku yang spend dari pagi ke petang pun tak jumpe-jumpe pun pekerja kat sini. Tak macam kedai biase lah.
Katalog baru pun ade untuk dibelek-belek kalau dah malas sangat nak jengjalan.
Ni antara mini show room dapur yang ade kat sini. Dye bagi bajet sia-siap dah. So, boleh la membeli belah ikut bajet memasing. Aku suke pulak tengok gaye ni. Simple, green. Sejuk. Boleh masak sambil nyanyi-nyanyi ni. HIHI.
Kebetulan hari yang aku pergi ni hari cuti umum ganti cuti Thaipusam, so ramai nak arwah lah orang yang datang.Tengok lah show room dye ni sampai dah bersepah-sepah dah dikejerkan oleh pengunjung yang tak berhemah.
Mule-mule tengok gaya ni macam cantik lelame tenung macam serabut lak. HAHA. Review macam orang nak shopping betol-betol je kan. Caittt.
Anak-anak buah aku memang menghayati betol-betollah lawatan ke IKEA ni.
Happy Chinese New Year. :D
Waqi dengan cermin buaya yang mahal tak hengat. Cam tu je dah 119 hengget.
Dah name pun gedung perabot kan. Jadi kat sini memang banyak gile compartment. Mari kite ke bahagian kanak-kanak pulak. Cekidooooot.
OLOLOLO. Comel betol tema green ni. Sejuk aje. Tengok, kan da cakap kat sini banyak ular. Atas katil tu pun boleh melingkar sekor ular. HIHI.
Tema yang ni pun comellesttt. Siap ade dua anak chinese agi main-main. Memang mampu menggoda nafsu kanak-kanak betollah. Bestnye ade bilik cam ni kan. Aku yang tua bangka pun nak aje kalau mak aku nak renovate bilik ak cam ni. HIHI.
Anak dia main aucak-aucak pulak dengan bapak dia. Comel sungguh.
Dah puas berjalan sakan dari ruang tamu ke dapur, dari dapur ke bilik tidur, dari bilik tidur 18 sx ke bilik tidur kanak-kanak. Jadi sekarang, moh ler kite ke food court yang selalu digembar gemburkan dengan kehebatan meatballnye itu pulak.
Mule-mule teruje kemain lah aku tengok gambar meat ball tu kan. Sekali,bile pandang orang yang tengah beratur nak beli makanan. Mak datukkkkkk. Panjang gile dowh barisan. Sampai ke luar-luar. Seat pun penuh aje. Padahal food court tu punye lah besar dah kot.
Mase ni aku cemas dah ni. Cemas bukan ape. Cemas satunye takut meatball habis dan paling cemas takut Along aku give up tak nak tunggu lame-lame dan hangkut kiteorang gi makan kat lain je. Puas la aku duk doa kan. Sekali Along aku tenang je suruh aku cari tempat duduk dan dia beratur. HIP HIP HOORAY.
Nasib baikkkk. Lega. HAHA.
Aku rase ade dalam 40 minit jugak lah beliau beratur. Barulah kelibat Along sampai. Tak pe-tak pe masalah dunia dan masalah lain jangan dipikirin. Aku dah penasaran ni. Arghhhhh. Tak sabar sangat-sangat dah saat tengok bebola ini muncul di depan mata. Ooo, selama ni hang duk dalam blog Kak Ana, blog Hanis Zalikha je kan. Hari ni aku sumpah hang duk diam-diam dalam blog cabuk aku je. HIKHIKHIK.
Aku rase punca meatball ni sedap sebab sekali kuah blackpepper dia kot. Dah la isi dia memang tender habis kan. Kuah dia pun memang terbaik ah. Makan pulak dengan jem tu, pelik tapi sedap.
Semua resakse dah teruje tengik troli ajaib ni.
Mungkin aku ni noob + nerdo kot tak pernah makan sedap-sedap. Tapi, personally, this is the best ever ayam panggang yang aku pernah mentekedarah. Serius sedap gile. Review tak tipu ni. Kulit dia rangup. Isi ayam juicy tender dimasak dengan kaedah kukus, gril, paggang, kukus, gril panggang, kukus! HAHAHA. Cube lah memang tak nyesal lorh. Ini kah nikmat dunia yang kau dustakan.
Along kan bajet-bajet makanan sihat bagai lah kan. Sebab tu aku rase dia order dish ni kot. Tapi bagi aku, tak yah la beli ni. Ayam tu rase je hayam dye tapi tak de lah sedap sangat. Yang ni biase-biase aje. Review ikhlas LOLOLOL.
Terime kasih lah belanje resakse ni makan. Lap u Along. Lap u. HAHA.
Budak ni buat aku kecur ayaq liuq pulak.
Lepas je makan. Along ajak masuk lagi dalam tengok barang. Kali ni terjumpe mesin ni plak. Kat sini kite boleh buat kad ahli sementara, then nanti masa bayar barulah dapat kad betol. Kat sini 90% adalah berkonsepkan layan diri yer.
Muke hepi je mak cik ni.
Ni kat bahagian pick up barang yang telah di tick kan. Memang macam gudang. Besar amat.
Ade lagi ular ni.
Sebab diorang pun dah tahu orang sini memang banyak duit beli barang sampai kaunter nak membayor yang ade berpuluh lane pun sesok, jadi diorang dah siapkan siap-siap gazebo untuk golongan baby sitter yang tak membeli pape macam aku ni. Aku tunggu Along membayor dekat sejam kot. Hadoooi. Boleh membuat taik mate siap kat sini.
Selagi ade ular ni, tak duk diam lah anak-anak buah aku. Nasib tak request nak beli yang ni.
Diorang ade gak ura-ura nak bodek mama diorang belikan. Tapi cepat-cepat aku potong ular ni untuk display aje. HAHA. Duit lebihbaik simpan. Dari beli ular ni, baik beli meatball. KEHKEHKEH.
Along yang shopping barang-barang tah pape. Tu yang dipegang tu pun penyangkut baju bontot binatang. HAHA.
Well. Pengalaman first di IKEA memang membuka mata orang kampung macam haku lah kan. Kalau duk kat kampung mane ade kedai seraksase ni. Kedai kecik aje. Semua pun ade kelebihan. Kedai besar-besar cam ni tapi barang semua kene self pick up. Kene round jauh-jauh. Kedai kampung tak yang pun gitu. Tapi xde la segrand ni kan. HAHA. Ayat macam keling . Yinnadei.
Untuk ke gedung IKEA lagi lepas ni mungkin ye, atau mungkin tak. Tapi untuk ke Food Court. Woah. Tu hukum nye wajib. HIHIHI.
Thanxs for reading this annoying memory. No hard feeling babeyh. Whuuttttttttttt :D

mek, bila nok jupe aku ni? wuwuwu T_T
ReplyDeletebila awok free lagii?
along ni sepupu mu eh?
@kumin alfi
ReplyDeletenampaknye cik kumin memang bace post2 aku lately. hahaha. save the date. rasenye kalau nk berjimba, dekat sini lagi senang instead of dungun kan. bagi taw lah mg free bile. after cuti hari raye cine kite jumpe jugak eh. kalau nak seribu daye kan. aku tak sabo nk show off lemok2 terbaru aku. heheh :D
meme sy bace sokmo blog awokkkk . raya cina balik ganu mungkinn. boleh jumpaa. wee
ReplyDelete