Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Sejak aku menerima pendidikan formal dari Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), ke sekolah rendah, menengah, universiti dan IPG macam boleh kira berapa orang je cikgu non muslim yang aku ade. Tak silap aku, cume ade tiga orang kot. Mase sekolah rendah; cikgu English , mase kat KAKA cikgu bahasa Mandarin yang belajar tak berape nak lame tu (cehhh), dan tutor MUET mase di USIM (tu pun tak lame sebulan pun tak sampai. HIHI).
Walaupun begitu, aku masih ingat sampai sekarang English's Teacher aku tu Sir Koi King Nguan. Wah, catchie betul name dia kan. Mase tu aku darjah empat. Bile nampak je name dia aku rase macam raja-raja gitu. Ye lah, kan ade 'KING' kat tengah name dia. HIHI.
Sir Koi mase tu dah usia pertengahan, so dalam umur-umur macam tu bile masuk kelas belajar sikit ceramah sikit adat lah kan. Mase tu lah nak buat regangan-regangan otak gitu. Curi mase untuk rileks. HIHI. Tapi aku tak tahu lah kenapa Sir ni sangat baik orangnya, dan aku suke je lah belajar dengan dia. Mungkin kerana dia pun fasih je cakap Melayu dengan dialek Tranung. Jadi, aku tak pernah pun rase dia macam Cina sangat.
Aku dulu tak minat sangat subjek English ni. Maklumlah, anak orang kampung kan. Sampai lah satu hari, Sir ajar tajuk perayaan dalam buku teks. Moon Cake Festival kot kalau tak silap. Dia siap janji lagi bila nanti dia nak bawak kuih bulan yang halal nak bagi kiteorang semua makan. HIHIHI. Pandai sungguh Sir pancing aku dengan makanan. Lepas tu, aku minat giler kot subjek ni sampai tunjuk kan kemengadaan aku. Asyik nak buat esei-esei sedap-sedap je nak dapatkan pujian dari Sir. MUAHAHA.
Ternyata idea aku tu menjadik. Usaha aku bersungguh-sungguh akhirnya Sir asyik panggil nama aku je tulis kan contoh karangan. Dah la classmate aku pandai-pandai, ade dua tiga orang yang parents keje cikgu English tapi aku tetap la nak lawan jugak kan. Bajet pandai je English tu.
Sejak dari hari Sir bawak kuih bulan ke kelas kiteorang, akhirnya English dah pun subjek feveret aku. Pergh, dahsyatkan penangan guru. Sebab tu je aku boleh jatuh cinta dengan English. Lame kot aku suke English, walaupun Sir Koi ajar mase darjah 4 dan 5 kejap je aku sambung minat suke English tu lebih lagi pulak dengan Teacher Zaini. Aku rase dua insan ni banyak sangat bagi aku ilmu dari aku sekolah rendah lagi.
Pernah sekali mase aku kat sekolah menengah, mase tu aku wakil sekolah untuk kuiz pengguna kot, terjumpalah Sir dan anak-anak murid dia. Dia bangga gile kot perkenalkan aku as his ex student. HIHI. Sebab tu aku rase aku masih ingat dia sampai sekarang.
Dah lame sebenarnya, aku simpan nombor telefon beliau. Tak tahu nape, tibe-tibe rindu. Ingatkan kembali kenangan-kenangan lame. Cewahhh. Dulu dalam bertahun jugaklah kot, aku pernah try kol, tapi anak dia kate dia tak de. Dan, alhamdullilah mase aku taip entry ni aku baru je lepas call dia. Ceria dia jawab. Suara tak berubah. Dia kata nasib baik sangat aku dapat masuk IPG. Susah kata dia nak masuk IPG sekarang, dah la ambik degree terus dapat keje terus lak tu. Kate dia la.
Dan aku sebagai murid, aku gembira sebab dia gembira walaupun aku ni jadi diri aku je. HIHI. Dah dekat nak praktikum ni, macam-macam aku rase. Rase rindu kot kat cikgu-cikgu lame. Entah la. What a weird feeling.
Apepun, tadi aku nak cakap kat dia Gong Xi Fa Cai tapi tak sempat pulak sebab die pulak yang terexcited dan asyik cakap terime kasih je sebab kol dia. Tak de doa lain yang aku boleh pohonkan untuk dia, melainkan hati dia terbukak untuk menerima hidayah dan kata-kata Hafizuddin menjadi possible satu hari nanti. Amin.
Kat sini aku boleh buat dua conclusion dan relevan kenape aku tulis cerite masjid aku ni:
- Untuk peringatan kat cikgu-cikgu betapa pentingnya bahan bantu mengajar kat murid-murid. Aku yang dulu pernah tak suke English pernah sampai jatuh cinta sebab penangan kuih bulan sebagai bahan bantu mengajar yang maujud. Sampai loni tak jatuh cinta balik dah sebab rase memang tak pandai balik dah kot English. HAHA.
- Telefon lah cikgu-cikgu yang kite rase dia bagi sumbangan besar sangat untuk kite. Kite rase gembira, tapi sebenarnye aku rase diorang lagi gembira kot bila anak murid call. Apetah lagi dengar cerite anak murid dia yang dah berjaya. Dengar anak murid dia jadi bakal guru macam aku pun dia dah cukup excited, apetah lagi korang, what a carrier IR, DR, PR? HAHA. Just give them a call. Jangan bile dengar berite diorang meninggal je baru nak cakap "Cikgu tu baik dulu tu." Beras pulut dah jadi bubur pulut hitam kot mase tu. Tak de gune dah.
Err, aku membebel eh? HAHA. Annoying. Salam.

No comments:
Post a Comment