Sunday, January 20, 2013

Senamrobik Majlis Perbandaran Kajang @ Taman Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Hari-hari lalu depan Taman Tasik Cempaka aku nampak ade banner besor tulis Senamrobik Perdana pada 6 dan 20 Januari 2013. Aku rase mungkin dah selalu MPKj buat program cam ni, tapi since aku baru ade moto dalam almost a year ni jadi baru terperasan kot event-event cam ni. 

Dalam hati niat siap-siap dah nak pergi dari minggu lepas tu punye perancangan. Malam tadi pun gigih dah iron tudung bagai siap-siap pukul 2.30 pagi sebab takut terlambat. KIHKIHKIH. Mengalahkan nak gi kelas. Aku pergi dengan Nida aje naik kuda merah aku tu. Dalam banner tulis 7.30 acara bermula. Namun seperti biaselah, janji Melayu jugak lah kan, 7.40 baru start moto. Sib baik diorang pun lambat gak start. HIHI. 






Mase mula-mula sampai tak delah ramai sangat lagi orang yang datang. Kiteorang yang belakang-belakang pun dapat jugak nombor cabutan bertuah. Dengan muke blurnye, "Ouh, siap ade cabutan bertuah ea?" Noob sungguh.






Sori mamcik-mamcik nampak punggung pulak. Oyoyo. HIHI. Yang kat atas tu constructor kiteorang. I guess diorang ni team MPKj kot semua. Cool ah,  tough-tough pun menari mambo uolls. HIHI.






Ni curik gambo kat page diorang. Lebih kurang cam ni la tadi. Gerak kanan, kiri, marching. 






OK Mari buat bersungguh-sungguh.







Kagum sangat sebab yang datang tak mengira usia, bangsa juga agama. Motif kite kurangkan kalori, mari bersenam aje. HIKHIK. Gambo omak sapo lah kan, sori kite terkidnap.






Lebih kurang 45 minit gitu, senamrobik was done. HIHI. Bolehla, dah la free je kan. Dapat goyang-goyangkan sendi-sendi yang asyik tido je ok ler kan. HAHA. Sekarang mendengar aje arahan bahawasenye sape yang dapat nombor, sila beratur untuk ambik baju semua pun da start separa histeria. Separa je lah sebab extreme dia terkawal lagi la. HAHA.






Check-check muke sape masuk blog kali ni. HIHI. Ni beratur ni nak ambik baju free. Sape tak suke barang free ye dok. HIHI. Aku pun suke kot.







Yang kelakarnya, tengah-tengah beratur boleh pulak ade sorang budak kecik ni nangis hilang mak. Mungkin mak dia terlupa jap anak dia sebab sibuk beratur nak ambik baju. HIHI. Mak cik yang pakai baju pink tu cube tenangkan dia. OLOLOLO, mak tinggal jap je tu dia sentap lak. MUEHEHE.







Kat sini abang-abang MPKj sedia melayani anda. "Nak siaz ape dik?" Tu lah dia tanye. Jangan bimbang kalau anda sehat sikit macam saya, sebab saya pun tak delah ambik saiz paling besar. So, memang ade saiz lah untuk anda semua. HIHI. Ayat macam keling je.






Muke seronok gile dapat free. Baju ni depa suruh pakai untuk next senamrobik, 3 Februari depan. Tapi aku rase aku buat pakai dalam bilik je kot dengan Nida. HAHA. Couple tee for roomate. Ouh, sweetnye, sweetnye. Pakai baju sama dalam bilik sesama. :p Tak de lah sweet sangat kan sebenarnye. HAHA.






Tak cukup dengan abang MPKj, akak nurse comel pun ade. Macam Hari Kesihatan lak, lepas-lepas bersenam boleh perikse blood pressuere percuma aje. Nasihat kesihatan pun percume aje. Sape-sape pun boleh, kalau anda Bangla pun, anda  boleh pergi.  Takkan ler Bangla bukak blog aku gak kan. HEHE.







Terjumpe lak dengan akak GSTT (Guru Sandaran Tak Terlatih). Bagi yang tak tahu, diorang ni memang dah akak, tapi akak junior la sebab dye orang tengah foundation sekarang. Kalau kat maktab memang tak la kan nak tegur-tegur, tapi kat luar tak tahu lah kenape mesti akan tertegur jugak macam ni. HIHI. Diorang pun datang join.


Walaupun terpaksa bangun awal di hari minggu namun rase puas jugaklah hari ni join ni. Insya Allah seksok nak pegi lagi.

 Alhamdullillah, masyarakat Bangi ni kire kat mane-mane tempat yang buat program pun boleh kire supportive. Kat taman pun ramai, kat Masjid Hasanah pun kuliah tak penah lengang dengan orang ramai. Mungkin sebab bandar education jadi ramai orang yang terbuka minda, jadi hidup pun dibahagi dengan teratur. Thats why I Love Bangi. Aku memang cadang nak posting sini je pun kalau boleh. Married and stay here. Bla, bla, bla berangan . Hampeh. HIHI.

Sikit je lah kekurangan, bile pergi tempat-tempat awam taman macam ni ramai beno pakai pakaian yang mencolok mata. HIHI. Even aku dengan Nida pun ternganga kan, apetah lagi la kaum Adam. HAHAHA. Walaupun aku tak sempurna, tapi kite semua mesti berusehe ke arah tu. Kalau pun tak terbuke hati lagi pakai tudung, pakai seluar trek dengan t-shirt biase tak leh ka? Nak jugak ke pakai legging. Aishhhh. Bersenam kot, ke kanan ke kiri ke atas ke bawah. Islam tu syumul, syumul maksudnya menyeluruh.  Biar kite hidup ni ade unsur Islamisasi sikit. Pergi bersenam pun pakai lah macam orang Islam. Apetah lagi kalau muke anda terang-terang Melayu dan tak putih melepak macam Chinese. HIHI. 

Sekadar berkongsi. No hard feeling babeyh. Salam. :D





No comments:

Post a Comment