Monday, July 2, 2012

Floria 2012 @ Putrajaya


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Alhamdullilah, aktiviti hujung minggu lepas diisi dengan melawat ke Flower and Garden Putrajaya 2012.

 Eceh, Flower and Garden la sangat, orang biase panggil FLORIA je pun. Bertemakan “Bougainvillea - Enduring Beauty” Floria kali ni tak de la banyak beza dengan Floria tahun lepas, tapi dari segi gubahan bunga dan dekorasi tu ade la beza sikit. Mungkin tahun lepas punye macam lagi banyak bunge dari tahun ni. Ke tu perasaan aku je? Entah la. HIHIHI.








Kali ni aku pergi bertiga dengan Ju dan Nida sekali. Lepas je makan tengah hari kami rempit datang sini. Kalau yang tatau jalan Putrajaya sangat macam aku, senang citer cari je Presint 2. Alhamdullilah, berkat selawat sambil bawak motor kali ni aku dah tak sesat dah mase pergi mahupun mase balik. HIHIHI.








Cantikkan gelung-gelung kat belakang tu. Ni area taman yang bertema.








Tak silap aku, Nida tengah posing dekat Taman Melaka Bandaraya Warisan cam tu la lebih kurang ni. Banyakkan bougainvillea kat sini? Tapi yang aku pelik, aku rase kat sini je kot yang ade bunga kertas, kat tempat lain tak de la banyak sangat. Tak de la ikut tema sangat kot. HIHIHI.









Ni pulak stail English Garden. Comel kan kasut boot tu.










Ni objek paling attractive kat sini kot. Diorang buat bunga dari rotan ni. Cantik kan.










Siap ade rama-rama lagi. Memang payah diorang nak buat ni dan memang patut dipuji usaha sape yang buat ni.












Ketahuilah bahawa waktu tengah hari di Floria sangat panas yer. Tengok lah Ju, sampai tak leh nak celik mata dari tadi. HIHIHI.









Baru nampak gambar aku kan. Dari tadi gambar diorang je. :) HAHA. Kejam.









Subhanallah. Cantik sangat bunga-bunga ni. Rase macam nak ambik-ambik je.










Sian abang-abang zapin ni menari atas stage ni. Panas woo. HEHEHE. Tapi cantik landskap dye kan? Ni kat stage Majlis Perbandaran Pulau Pinang ni. Tengah kiteorang syok jalan cari air, tengok lak diorang menari jap. Kalau Ju tak dahaga, mahu aku tengok show abang-abang zapin ni sampai habis kot. HIHIHI.











Ni MPPP punye gate. Kreatif sangat sebab nampak jambatan Pulau Pinang dari situ.










Sebab dah kedahagaan yang amat melampau. Kami singgah la kat KFC Hot Wheels ni. Harga dye leh tahan mahal jugak la, dapat satu gelas kecik soya tak sejuk dengan tiga hengget. Kalau orang macam aku minum sekali sroot je dah habis dah air tu. Jadi nasihat aku, sape nak gi Floria bawak air masak banyak-banyak k. HIHIHI.











Bergambo dekat laman yang dibuat oleh budak sekolah dan budak U.












Oppps, aku nampak terlebih excited yer disitu. Ju pulak masih lagi tak boleh membuka mata. HAHA. Panas woo.










Klasik je kan tangga ni. Macam rumah-rumah zaman dolu-dolu.












HEHEHE. Tibelah mase untuk menggedik. :)











Taman-taman yang kami lepak sekarang ni kire taman yang budak sekolah masuk bertanding la. Ade sekolah menengah, ade gak sekolah rendah. 










Ju baru leh celik mata sebab sini redup sikit. HAHA.











I loike this garden. Nampak sejuk je gabungan putih dengan purple kan. HIHI.











Ju masih memegang bekas air Keepci sebab die kate tak nak buang merata. Nak jage alam katenya. Sambil masih lagi bertarung untuk membukakkan matanya demi bergambar. HAHA.










Jenuh pulak, HAHA.









Nida ambik gambar dari full view garden ni plak.











Landskap yang nampak mewah sikit.










Ju dah celik mata tapi pandang lain la plak. Budak ni ade je. HAHA.










Kalau tak silap aku la, garden ni menang Gold kategori Univeristi kot. Erm, dan kalau tak silap lagi taman ni UUM yang buat. Tu kalau tak silap la. HIHI. Tapi memang sangat kreatif, bunge-bunge pancuran air tu diperbuat dari bahan terbuang botol-botol je pun. Jadi lawa je.











Walaupun payung tu da bertukar function untuk berteduh, tapi aku tetap suke la decoration dekat sini.












Payung tu yang unik tu. HIHIHI.









Kali ni baru berpeluang masuk yang indoor punye. Tu pun tak habis. Ade satu booth indoor yang kami tak masuk sebab ramai giler orang beratur. Sempat masuk tengok yang ni je, sambil sedut-sedut air cond. HIHIHI












Spider yang menang Gold untuk kategori gubahan bunga sekolah menengah rasenye.










Yang ni pulak menang silver, tak silap aku ni anjing kot. 










Yang ni pulak namenye Teddy in the Garden.










Macam-macam pertandingan lah yang diorang buat kan. Buat-buat hiasan cam ni pun ade.












Lepas indoor, kami keluar balik kat taman UiTM kot ni. Habis lah aku kalau salah kan, main hentam je kan. HIHIHI.











Kami beralih ke taman negeri-negeri pulak sekarang ni. Pelamin ni dalam area Negeri Melaka kalau tak silap.











Semestinya aku kat Laman Warisan Terengganu. Tapi sekali tulisan tak nampak pulak. Adoi. MB kene buat penambahbaikkan ni tahun depan ni. HIHIHI.











Majlis Perbandaran Kemaman buat penyu kot kat sini. Good job guys. Eceh, bias sungguh. HAHAHA.













Nida kat Majlis Perbandaran Wilayah Persekutuan Labuan. Ekceli laman ni lawa sangat tapi dengan skill fotografi yang tak berapa nak ade. Boleh muat ni je dalam gambar. HIHI.















HOHO. Gaya datin-datin tak berapa nak jadi. Paling bes duduk sini kot, berangin dan redup je.














Feeling Hawai-Hawai gitu. 












Lepak sini sementare tunggu turn nak turun bergambo kat bawah. HIHI.













Ju si gadis Parit Buntar dengan kendi nya. :)













Gaya Datin Nida.











Ju berteriak melihat air.












Aku suke sangat tempat ni, feeling macam tepi laut betol la. Laut pun susah nak cari lawa cam ni kot.













Rehat-rehat menghadap laut.











Posing-posing menghadap kamera.













Nak syok lagi leh la try naik motor bot macam orang kan belakang tu. HIHI.












View dari sini leh nampak jambatan bestari Putrajaya ni.











Aku tak sure tahun lepas ade Taman Arnab ni ke tak. Tapi tahun ni ade lah taman ni. Sape-sape yang teringin nak bagi arnab makan tu leh la. Bayar tige hengget je. Tak yah susah-susah gi zoo. HIHI.











Secara keseluruhannya, ade dua tempat yang aku tak sempat nak singgah kat sini sebab cuaca antara pukul 2 ke 4 tu sangat lah terik dan orang pulak ramai. Tak pelah, kalau nak sangat leh datang bukan hari weekend minggu ni. Kalau tak nak tahun depan pun ade, jangan nak gelojoh sangat lah. HIHI. 


Bes sangat Floria kali ni sebab aku leh ambik gambar sekali dengan bunga. Tahun lepas sebab pergi dengan seseorang leh ambik gambar bunge je, gambar aku tak de pun. SOBSOBSOB.

Sape yang nak tahu ape yang ade kat Floria dan lebih lanjut lagi mengenai Florai leh layari laman web PerbadananPutrajaya ni. [Klik sini] 

Lebih bes kalau gi sane sambil bawak benda-benda ni:

1. Hat (untuk lindungi muka daripada terik matahari)
2. Air mineral (air mineral kat sini mahal)
3. Sunglasses (nanti ambik gambar tak de la asyik pejam mata je)
4. Duit (sebab banyak pokok dan hasil kraf yang dijual kat sini)

Disamping kagum melihat bunga-bunga yang catik, ucapkan lah Subhanallah tanda kite memuji ciptaan Allah yang tiada tolok bandingnya. Subhanallah. Jom pergi Floria. :)






1 comment:

  1. asyik ju xboleh bukak mata,boleh bukak mata je...hehe

    ReplyDelete