Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. *entry tangkap muat sebab serious sangat sibuk mengalahkan bini engineer HAHA*
Pada Jumaat yang lalu saya bersama empat lagi rakan yang lain telah pun berbuka puasa di restoren JM Bariani House. *pendahuluan karangan darjah 3* Ekcelli da lame mengidam nak makan kat sini sebab nye dulu asyik bace kat blog Kak Ana Suzana. Kak Ana ni pada satu tahap sangat suke lah makan nasi beriani kat sini. Dulu-dulu duk skodeng aje, Alhamdullilah dengan sedikit rezeki yang Allah bagi da merasa jugak lah aku. HIHI
Kedai wajib singgah kalau pegi Alamanda ialah tak lain dan tak bukan : Big Apple lah sangat. Taktik beli donat satu kotak besar yang akan dikongsi beramai-ramai sebagai alasan jugak untuk tumpang duduk kat kedai beliau nih sementara tunggu masa berbuka. HIHI
Tema aku pada hari tersebut tersangat lah gedik bercampur ayu dengan skirt nye. Ape kan daya tiada pilihan untuk memakai jeans di kampus. * Ayat cover paling hebat*
Dua budak bergambar dalam JM Bariani House. F.H dan S.A.
Siti Aminah. (S.A), Dak Fira lah sangat (D.F), Nida Husna (N.H), dan watak baru Nawal Iffah (N.I).
Sesedap rase letak nick baru. HIHI
Tak de lah semangat sangat ambik gambar makanan. Cume setiap orang makan makanan ikut indi set. Setiap seorang dapat sepinggan nasi beriani yang panjang-panjang berasnya, papadom yang gedabab jugak, lauk ikut pilihan macam ayam percik, gulai daging, ayam masak merah, dan ada lagi lah pilihan dye. Dan air bandung soda.
Ayam goreng berempah RM 9.00++ satu. Mahal sikit lah kan rege dye kalau nak banding dengan pasar malam tuh. Tapi seriuos sedap sangat dan besar lah jugak. =__=
Ni pulak mungkin special tea kat sini. *AISKRIM TAPAI* yang bile cair dimulut je macam nak jerit HOIHOI sebab sedap sangat HOIHOI. Aiskrim tapai RM 4 setiap satu. Highly recommended bagi orang yang suke makan tapai lah. Kalau tak suke sah-sah lah kau kate tak sedap.
Then, ambik gambar kat grand flour. Kan nak raya, jadi shopping complex mesti lah ade patung-patung cenggini kan. OLOLOLO.
*Gambar tak leh blah menikmati ais krim tapai* HIHI
Alkisahnye mase nak balik, kereta Nawal pulak tak leh start. Disebabkan ade warden yang terlalu prihatin dengan kebajikan murid. Kami pun tak balik la ke hostel sebab da pukul 10.00++. kang tak memasal kereta kena rantai kang. So, malam tu tido la kat umah Nawal di Banting. Jauh pulak kan. HIHI.
* Thanks sangat pada kawan-kawan yang join. Family Nawal especially mak beliau yang sambut je kiteorang walaupun balik umah die lewat-lewat malam.* Graciass miamor.
p/s: Penduduk sekitar Bangi ade dua pilihan tempat nak makan kat JM ni. Satu branch ade je kat Seksyen 7. Tapi prefer kat Alamanda sebab senang. HIHI. Nak bukak puase kat sini sile tempah sehari awal sebab konfem jugak akan penuh.
Kalau nak makan nasi beriani, baru aku tahu petuanya mesti minum bandung soda. Baru lah sodap dan ade umpph. HIHI.
Thanxs for reading this annoying entry. BYE!
nice2....boleh batal puasa tengok makanan semua ni...hik3...
ReplyDelete