Monday, July 25, 2011

Genting Highlands Day 1

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Akhirnya 
rancangan, impian, cita-cita nak ke Genting Highland la sangat sejak aku semester satu foundation dulu lagi da pun terlaksana weekend ai tuh. Dulu-dulu ingat nak gi dua tiga orang je. Tak sangka lak aih budak kelas muslimat (err.bahasa sopan menggambarkan budak kelas yang cukup sopan) semua pun join. Ibda`. HEHEHE.


Dekat Stesen KTM UKM tunggu train.

Kat KL Sentral pun nak posing aih.

Kalau nak pergi Genting dan duk area Lembah Klang. Buleh la sangat ambik pakej. Contohnya dari KL Sentral, pakej bermula dari RM 47.90. Antara yang termasuk dalam pakej ialah tiket pergi balik dari KL ke Genting dan Genting ke KL beserta dengan tiket Skyway (kereta kabel) dan tiket permainan outdoor theme park ataupun pakej makanan buffet di mana entah.*sile bace gaya bersungguh-sungguh* (berinformasi sungguh blog hari ini) HAHA. Ni kalau nak gi balik hari la.

Aku tak ambik la pulak pakej ni sebab nak pergi berjoli untuk 2 hari . :)

Kalau duk area Lembah Klang macam senang la nak pergi kan. Dari Kajang buleh. Dari Gombak lagi la buleh. Konon-konon aku dan kawan-kawan hari tu tanak la naik kat Kajang sebab tiket paling awal pukul 11.30 pagi je yang tinggal. Redah la aku dan kawan-kawan ke KL Sentral petang Khamis tu pegi mencari tiket. Sekali kat KL Sentral pun lebih kurang je. Tiket yang ade pukul 11.00 pagi sebab yang lagi awal da sold out.

Oleh itu, kalau nak pergi Genting, belila tket awal-awal ye.

Me with Minami chan. :)

Mase pergi bas buruk aje. Da la mase ni tengah excited ambik gambar. Bas cam hampeh je kan. Mase balik bas lawa , tapi semua da tak layan gambar. HEHE

Pergh. Memule tengok sign board ni pun punye la jakun. HAHA

Menginap kat Awana Genting Highlands.
Rezeki Allah nak kasik. Sepupu Nawal ( my latest classmate) *maybe tak pena sebut kat blog* keje kat Awana ni. Godek punye godek harga room yang seribu lebih dapat less 60%. Apa lagi. Suke sakan la orang miskin yang bajet kaye cam aku ni. HAKHAK. 

Sedikit jakun sebab tak pena duk kat pan house. Dalam bilik, ade tiga lagi bilik dan empat bilik air. 


Cute gile muke Ju rights? Mungil kan bibir beliau? HAHAHAHA

Kat Golfler orang-orang kaye punye cafe kat sini. Abang sepupu Nawal suh tunggu sambil  belanja air mangga yang sungguh lazat. *Tu pun nak bagi taw ke?* HAHA

Eh, haruslah snap gambar kat sini sebab aku tak pena jumpe aih kereta golf ni. HAHAHA.

Okeyh. Da sampai kat lobi Awana Hotel. :)

Rase-rase da rotate tadi. Aish.

Ni tiket nak naik kereta kabel. Atau  nama glam dye : Skyway. Tatau berapa rege dye sebab abang sepupu Nawal bagi 4 tiket pergi balik Skyway ni kat kiteorang secara free. Cousin Nawal yang banyak giler tolong kiteorang manager kat sini. Maceh Abang Adi. HIKHIKHIK.

Beberapa gadis tatau dari negara mane sedang menuggu di stesen mengunggu Skyway. 

Tanpa sempat nak snap gambar bilik yang baru check in sebab room service tak siap lagi sebab  bilik sangat kotor. Last-last kiteorang letak beg je kat hotel dan bergegas ke Skyway punye stesen. Dari Awana ke sini ade shuttle bas. Sekali naik, Pergh!!! Tu dia aih~. Ramai gile ah orang. Dekat 45 minit gak beratur. Damn. :(

Rasa nak menjerit-jerit je bile da buleh naik. 45 minit kot berdiri. Sakit montot taw berdiri lame-lame. HAHAHA

Ni view dari dalam gondola tu. Nice kan?

Kereta kabel Skyway Genting Highlands. :)

Truely aku ialah orang yang sangat penakut. Dulu-dulu ingat maybe aku akan naik kalau dengan tok laki aku je kot aih. Mesti la beliau akan pujukkan kalau aku takut-takut dan gayat-gayat kan sambil peluk kuat-kuat sampai aku tenang dalam dakapan beliau kan.  HAHA. BLUEKS.

Sekali naik dengan depa ni. Aku duk terjerit-jerit kecil,manja ,ayu gedik jugak lah sambil pegang Minami Chan kuat-kuat. Da lepas 2, 3 minit aku ase ok je la kot. Tak la lame sangat gedik tu datang. HAHA

Naik Skyway ni ade la dalam 15 minit. Rase macam jauh la jugak 3.4 km tu. Sampai duk discuss aje macam mane la orang gantung menatang gondola ni tengah-tengah hutan yang tinggi ni ek? jawab-jawab.

Snow World

Da sampai dekat Plaza tu, first tempat yang dituju ialah Snow World.  Harga tiket RM doploh hinggit sorang. :)

Kami pelajar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dari Universiti of Liverpool mengucapkan Selamat Hari Raya buat sanak saudara yang jauh di Malaysia.KAHKAHKAHKAH

Dengan adanya kawan yang berani seperti Aisyah yang meyeludup kamera masuk ke tempat larangan sebegini, maka dapatlah kami feel-feel bajet bermain salji di luar negara. Kamsahamnida :)

Sakit montot main luncur salji dengan pelampung tu. Seronok, sakit, sambil terkejut .

Pelik.Lawa.Somel.

Da sejuk sangat-sangat main snow sambil rase syukur gile belajar kat Meysia a.k.a Sungai Merab je, kiteorang meneruskan kejolian dengan berjalan-jalan disekitar plaza ni.

Ada show kat bawah.

Ripleys Percaya atau tak bile translate dalam bahase melayu.

Tak masuk pun yang ni sebab tengok dari luar macam tak best. Macam gambar-gambar je. Tak nak ah.

Baling syiling pastu buat hajat nak kawen dengan Benz Alif.

Sape buat memang kene ngucap balik ah. Konfem syirik ni weyh. Kot ye pun desprate nak kat laki yang reject kau. Tak baik oo kalau buat. HAHAHA

Hantu jual mahal.

Ni lak depan rumah hantu. Aku memang tanak masuk dari awal. Kes ade sekor hantu ni lalu belakang kiteorang sambil hembus-hembus nafas ala-ala vampire. Woi. Busuk ah. Memang tak kan ar bagi aku. Last-last semua tak masuk jugak sebab mahal gile gak tiket. Doploh due hinggit untuk 10 minit je. Baik pegi cari hantu lain. Cet. 

Rehlah kelas PISMP 2.01 yang ala-ala joli di Genting Highlands.

Ish, aku da rotate ar. 

Ni pun same. aisey man.

Maybe macam ni better kot dari tegak.

Malas da nak perbetulkan. HIHI.

Genting la sangat aih.

Berkasut pink menjejak bumi.

Err.

Err 2.

Dekat The Pavilon nak tengok show magic Glitzs.

Ni pun satu lagi yang Abang Adi bagi secara free. Tiket tengok show magic berharga RM 90 seorang. Wah. aku da la tak penah tengok bende-bende cem gini.

Pentas mahal dye.

Awal bebenor masuk.

Ade 2 hidden story kat sini:

1. Aku kene marah dengan dye punye crew sebab curik-curik ambik gambar mase diorang tengah buat show. Tergamam aku sampai habis show la.HAHA. Tu la sape suh jadi jahat sangat.

2. Tak sangka show magic tapi ade orang joget2-joget pakai baju macam tak nak pakai aje. Aish. Tak suke la u. ~ :( HAHA.
Mase bak kuar tu aku punye la kecut perut kalau-kalau dye nak rampas sony cabuk aku ke pe kan. Tapi tak do la plak, aku punye la lari cam orang nak beranaks. HAHA

Tak dapat dengan artis sebenar, ambik poster pun jadi lah aih.

Show mat salleh dari US ni dye buat collaborate dekali dengan art of sand dengan artis yang cantik jugak lah macam Mah dari Uzbekistan. Sekali memang tergamam ar tengok dye lukis macam-macam gune pasir aje.Lepas tengok show, kiteorang pun balik Awana. Day 1 ni tak main pun. Jalan-jalan tengok show aje.

~ bersambung sampai tenet laju nak upload photos. :) HAHA

2 comments: