Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allak Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Balik je dari BIG tadi Cik Semah telah beria-ria ajak aku ke Izzmin Cake Boss ni. Ni lebih pada kilang sebenarnya. Kedai yang 5 minit je dari maktab. Mase dalam bas Cik Semah duduk tepi tingkap terus nampak tu yang terus tetibe nak gi.
Masa sampai sini aku nebes jugak. Macam gaya tak bukak untuk tatapan umum je. Jadi kiteorang pun ambik keputusan nak call lah nombor yang ade kat sign board tu.
Ni lah muke mak cik yang nak sangat makan tu. Naseb baik ko drebar kan. Sendiri request sendiri bawak lah kete tu. HIHI.
Tak de la kami beruda je pegi. Ade lagi mak cik - mak cik lain. Masa ni semua duk tergelak dah sebab aku buat onar. Aku rase kelakor mase call Izzmin ni nak tanya buke kedai ke tak. Bile aku cakap je "Assalamualaikum , ni kedai kek Izzzmin Cake Boss ke? " Memang dah terburai lah gelak aku. Tak tahu nape aku membayangkan situasi ni macam kelakor beno. Tak ke gigih datang nak beli satu kek je. =.=
Ni pintu depan kilang ni.
Selepas Nida gigih call Izzmin, akhirnya ada la pekerja dia yang angkat call bukakkan pintu untuk kiteorang. Memang baik sangat pak cik tu. Dan tadaaa, ni lah dalam kedai kilang a.k.a kedai kek tu.
Muke berhajat nak cari kek lapis cadboury memandangkan kedai ni jual kek lapis Sarawak aje kawan-kawan.
Yang paling best kat sini macam dah hari raya dah. Dah la dalam dia mewah habis. Siap ade tester lagi. Makan la sampai kenyang. HAHA.
Lawa kan dalaman kedai dia? Kat luar nampak macam biase-biase je. Tu la pak cik yang jaga kedai ni. Baik sangat dia. Aku ade je snap gambar dia. Tapi mase aku snap tu camera dah tulis 'Memory full'. Aku gigih ambik jugak walaupun aku tahu tak dak hasil sebab dia dah berdiri tegak sambil memberi senyuman yang paling manis .Nak delete macam tak tau nak delete mana. HUHU. Sian pak cik.
Macam -macam kek lapis Sarawak lah yang ada. Masam manis, Oreo cheese, chocolate cheese, kelapa, semua ada lah. Harga pun tak mahal sangat la. Standart macam beli kat Sarawak je.
Kebanyakkan ni dah ade orang tempah dah ni.
Pas beli kek gigih pulak pikir nak makan kat mana. Last sekali datang sini makan cendol dengan kek. Pelik sungguh.
Beli kek satu je punnnn.
Dah makan kek, muak pulak dah. Alih-alih cari pulak jambu Pak Chu. Heaven sungguh hidup ni yer. HIHI. =.=
p/s: Anyone who interested nak beli kek lapis Sarawak boleh la cari kat sini. Landmark kedai dia depan restoren steamboat Al-Sinni Bandar Baru Bangi ni. Nak beli satu boleh nak beli banyakkkk pun lagi la boleh. Pak cik yang keje kat sini baik sangat. Kalau tengok kedai dia tak bukak pintu call je, mesti berlari-lari pak cik tu turun. ;')
bila awak nak jumpa saya sayang?
ReplyDelete