Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Tajuk entry sekarang nak omputih aje. HIHI. Tapi entry ni tetap aku taip laju-laju. Ngantuk amat. Taip entry pukul 2.26 pagi kau patut sentap Mah aku nak cerita pasal kau. :P HAHA.
Cerita bermula apabila aku mengikut jejak langkah Mah ke JPJ Bangi untuk renew lesen beliau.
Aku pun tak tahu kenapa gatal sangat nak teman Mah pegi kan, ingatkan boleh lah renew lesen aku sekali. Malangnya tak boleh la kan. Bajet je lesen P nak renew jadi lesen besor padahal tempoh ade sebulan lagi. HIHI. Memang tak dibenorkanlah. Jadi pun aku redho je lah pegi kan daripada aku duk membuta je kat bilik.
Sampai je JPJ terkejut yang amat. Ramai sungguh yer orang yang berurusan dengan JPJ ni. Dekat 100 orang jugak kiteorang kene tunggu barulah sampai giliran. Aku rase tegok Running Man satu episod pun sempat habis dulu kan. Aiyak. =.= Ya ampun. Memang ler penat nak nunggu kan. Tapi sebab sayangkan Mah aku ikhlas je lah kan nunggu dia. Baik tak aku Mah? HAHA. Memang entry ni bertujuan untuk Mah megingati peristiwa ni sampai mati pun. HAHAHA.
Duk sebut nama Mah je kan. Nor pun ikut jugak. Dua-dua datang renew lesen besor. Teringat plak Mah buat lawak maktab hari ni. Boleh plak sebab takutkan abang JPJ yang jaga kaunter perkhidmatan pelanggan yang garang, Mah sampai tersasul cakap datang nak renew road tax. Pastu dia duk jalan dengan gaya confident habis tak ambik no. Aku mase dengor dia cakap nak renew road tax tu macam fikir " what??" HAHA. Memang muka takut kat abang JPP tak leh blah.
Nasib ade Nor yang beratur lagi sekali ambikkan nombor untuk dia. Mah, Mah. Kalah budak-budak tau kau punye perangai lucu.
Akhirnya, selepas pum pang pum pang mulut mengomel "kenapa ramai orang ha?" "kenapa lambat sangat?" "ish, bila nak siap da?", mengeliat, membuat aksi, merenung orang ramai, mengusik baby-baby berhampiran (bajet penyayang) dapat juga Mah buat transaksi renew lesen. =.=
Akhirnya!!! Omo, OMo, OH MAI , Oh Mai God!!! Lawa gile lesen kawan aku. =.= First time aku tengok lesen cenggini. Berbaloi la kematu bontot tunggu. Kalau buat kat pejabat pos tak lawa plus tak canggih sangat la kan. Canggih sangat lesen baru kau Semah. Boleh la langgar aes banyak-banyak pas ni. Berkuasa sangat. :p
Sebab da lapar sangat-sangat aku request kat Mah pekena cendol sat dekat depan Econsave tu. Cendol seksyen 4 tambahan Bangi. Dah lama tak makan sini sejak praktikum petang ni.
Tengok rupa pasemboq ni macam lazat lagi melazatkan kan? (sindrom jangkit lorat utara dengan roomate yang keterlaluan) Tapi rasadia, honestly, aku sangat kecewa. Instead of cendol tu je. Tak mau datang dah. :( Mah, nanti hang bawak aku pi kedai cendol lain noe.
Pas makan, Mah bawak kami pi carwash plak. Orang ada reto kan. ;') Ni part best. Aku pun suke gi carwash ni sebab kat sini bukan carwash je tapi nursery sekali. Boleh la cuci-cuci mata gitu. Fresh sangat environment dia. Boleh lah pilih-pilih pokok yang memang tak kan beli tu bila pi sini. =.=
Carwash yang comel dan fresh. Sesuai ka ayat gitu? HIHI. Boleh la. Sangat recommended basuh reto sini. Harga hanyalah 8 hinggit basuh dan vacum sekali. Mana nak cari tempat lain kannnn. Hanya di Bangi berdekatan dengan restoran Al-Sinni.
Pokok-pokok yang sedap dipandang tetapi tak kan dibeli oleh kami sebab tak tau aih nak letak kat mana. =.=
Dan, jeng jeng jeng. ni lah reto Mah. Comel kan? HAHA. Aku jarang naik reto ni sebab tu baru kali ni masuk blog walaupun dah doket berbulan-bulan dah aih Mah bawak pi maktab.
Aku ade je gambar lain . Tapi Mah buat gaya macam ni and I was thought, this is the real side of our Mah. Mengade. Comel uuu buat tangan cam tu. =.= HAHA. Mati la aku esok.
Then, selamat sampai sudah dekat asrama tercinta. HAHAHA. Seram pulak aku tengok gambaq ni. Dah la pukul 2.58 pagi dah woi. HAHA.
Sejak naik reto kawan-kawan ni lama tak jumpe Cik Taa kite. HIHI.
Balik je bilik aku balun tido sampai malam. Bangun tido pukul 9.40 terus request Semah pergi Cool blog sebab dahaga. HAHA. Macam tak caya Semah layankan aku. Maybe dia rasa bersalah la tu. Yess!! HAHA. Sebab tu tajuk entry a day with Mah. Sampai Cool blog tutup kami bersama. Last customer. HAHA.
Lama tak tulis entry diari cenggini. HIHI. Bai. Nite. :)
p/s: Lokasi JPJ Bangi ialah di sebelah deretan restoren Syarifah di seksyen 7 Bangi. Lagi senang sebelah Pustaka Rakyat. Jangan sesat macam kami. =.=














No comments:
Post a Comment