Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Setiap kali hupdate blog memang tak kan lekang ayat "Berkurun tak update post. Hal yang demikian tidak lain dan tidak bukan kerana aku malas la yang amat."HIHI.
Hari ni aku gagahkan jugak lah nak post entry pasal praktikum 2 hari tu siap dalam English okeyh, walaupun mata ngantuk amat dah ni. Tunggu ye tilam sat gi siap la kau. HIHI.
Sekarang mari kite bercerita pasal sekolah kite yang sangat awesome mase praktikum 2 hari tu. Tak tau nak cakap macam mana lah tapi aku sangat berbahagia hendaknya kat sekolah ni nak dibandingkan dengan sekolah lepas. Oppsss.
Mase mula-mula dapat sekolah ni seriously aku pikir sangat jauh. Memang jauh sungguh. Minyak kete sehari je dah berapa. Nun jauh di Cheras kot. Bab tu memang menangis sikit lah. Hari-hari nak gi sekolah je dah berapa banyak mall yang kene lalu; Mines, JJ Cheras Selatan, Aeon Big Bandar Tun Hussein Onn, eh memang banyak la. Nak menunjukkan berapa bandar yang kami lalu.
Nasib baik best jadi tak kesah sangat la. So, adik-adik junior yang dapat sekolah ni please la enjoy. Nak cari mana PK 1 yang sanggup ajak korang makan mangga jap sebelum jumpe lecturer. Setiap kali aku teringat gaya Kak Mus PK 1 sini mesti nak tergelak je. Boleh plak beliau baring sambil kupas mangga pastu makan ramai-ramai dengan kiteorang. Kenangan sungguh. :)
Cume kalau beza dengan yang lepas satu je lah. Anak-anak murid aku semester ni menguji iman sungguh. Tak caya meh tengok gambaq depa ni buat aksi.
Haaa, ambik kau. Siap lentok-lentok lagi ha.
Aku suruh diam memang macam mencurah air ke daun keladi je lah. Memang tak denye depa nak bagi respon. Siap terbang ade. Sebabkan last day ustajah korang ni cool je malas dah nak bazir suara.
Siap boleh main sekeh-sekeh kepala lagi. Lantak korang la. Ustajah dah nak balik dah. HAHA.
Kalau semester lepas anak murid aku macam malaikat weh. Sikit pun tak bunyi suara. Bukanlah nak diskriminasi pekerjaan sangat. Tapi kalau dulu di Jalan Enam maybe sebab mak bapak diorang sangat educated lain pe`el baiknya. Sekarang hidup aku dengan anak murid ibarat turning 360 degree kot. Hari-hari aku macam singa je. HAHA.
Lain lah kalau kene observe kan. Ketap bibir je lah aku. Tak leh nak marah kan diorang jugak. Bayangkan lah, half of them tu duduk kat rumah bakti. Aku rasa macam diorang saje nak ambik perhatian pun ade. Yang pasti untuk kawal kelas ni berpaket-paket Strepsil Extra Strong dah aku habis. =.=
Ni gambar masa Kem Bestari Solat. Bila handle kelas depan lain pulak seronoknya. Modal suara sikit, modal IQ kena lebih sikit sebab diorang ni banyak tanya plak dah. +.+
Kenangan masa sambutan Hari Merdeka dengan Cik AH. Rakan praktikum dulu, kini dan selamanya.
Masa hari UPSR kami diberi projek hias bilik j-QAF. Tapi sebab aku ni kan rajin. Jadi ni je lah gambar yang ade dalam fon. Come kan? HIHIHI.
Pergi mana-mana je mesti buat kereta api. HIHI. Seronok jugak masa buat ni. Kami buat ramai-ramai dengan cikgu-cikgu lain jugak.
Klon Mah ade di mana-mana.
Me, Kak Zan, Kak Ti, Kak Zira, Kak Ina, Kak Ayu.
Bukan anak murid je reti lentok. Cikgu pun sakan taw.Ngeri pulak aku tengok Kak Ayu lentok sampai macam ni. HIHI. Kak Zira ni guru pembimbing kami untuk subjek major (Pendidikan Islam) dan Kak Ayu pulak guru pembimbing minor (Bahasa Arab).
Alhamdullilah, kali ni kami seboleh-bolehnya sangat menjaga hubungan dengan rakan sekerja. Tapi tak tahu lah kalau ade kurang-kurang lagi tu. HUHU. Pengalaman lalu membuatkan aku lebih berhati-hati. Ayat novel aje kan. Terima kasih sangat Ya Allah. Alhamdullilah sangat-sangat sebab kiteroang rase sangat rapat dengan diorang. Gosip sesama, makan sesama (setiap minggu ade potluck), observe pun sesama. HIHI.
Last day rase berat je nak balik. Kalau boleh memang nak posting sini je lah kan. Over . =.=
Macam biasa lah kan kalau last day mesti ade sesi tukar-tukar hadiah denga guru pembimbing ni. Biasanya kiteorang je yang bagi kat guru pembimbing, tapi kali ni yang bestnya guru pembimbing pun bagi kat kiteorang. Yuhuuu. Rasa nak menangis je tengok comel amat hadiah yang Kak Zira bagi kat kireorang ni. Comel amat. Tenkiu akak. Sayang nak buat lap mandi. :)
Last photoshoot depan pagar sekolah. Cik AH kite. :) Jadi cikgu praktikum sini siap dapat sijil taw.
Me too. :) Ayat orang tak taw nak tulis ape dah =.=
Alhamdullilah habis dah praktikum 2. Yang pahit rasanya tak banyak sangat kecuali masa nak diobserve Arab boleh plak ustaz buat prank nak datang hari yang tak de kelas Arab. Macam lipas kudung la aku buat bbm, buat rph bagai dalam mase sejam. Haish. Nasib baik Kak Ayu steady je ajarkan. :)
Ha, yang pahit-pahit manis bile kematu dah bontot kite gi sekolah naik motor sebab Cik AH demam ritu. Apekan daya.
Praktikum 2 dah berakhir, walaupun result tak keluar tapi boleh la tarik nafas lega. Praktikum last? Hanya Allah yang tahu rahsianya. Allahummaya amin, permudahkanlah segalanya. :)
Jumpe next praktikum.
p/s: Sekolah sesi petang lagi best kot dari sekolah sesi pagi. Banyak masa untuk tido. ZZZzzzz










salam..msuk bljr blk ke nie??ke tnggu posting plk??
ReplyDeletewsalam. abg, org baru third year la. ade setahun lg. tp ipg memang gini. setiap sem 5,6,7 ade praktikum. banyak kali kiteorang akan praktikum. xmcm budak u. hehehe
Delete