Thursday, January 24, 2013

Majlis Aqiqah bersama Kumpulan Marhaban Saadah Masjid Datuk Keramat, Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat serta salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Hari ni 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434 Hijrah. Salam Maulidur Rasul kepada semua. Hari ni jugak birthday Nida a.k.a roomate sebenarnye. 

Seawal Isnin lepas, aku ade la ajak bincang dengan Cik AH kat mane nak sambut birthday Cik Nida ni. Pung pang pung pang la aku dengan dia bincang dalam kelas, dah la mase kuliah Bahasa Arab. Boleh pulak main conteng-conteng buat agenda. Cik AH bagitau dia nak join tapi kene balik rumah sebab ade marhaban la, nak buat persiapan kenduri aqiqah Dhia anak buah dia la. Tup tup cerite dia kiteorang kene ikut sekali la dia balik semata-mata nak buat prank tak berapa nak menjadik kat Cik Nida ni. So, kene ikut aturcara Cik AH la ni. 







Seawal 8.30 pagi kami bertolak dari Bangi. Fuhhh. Pengorbanan meninggalkan bantal busuk di waktu-waktu yang hening sebegini. HIHI.






Ni kami duk duduk menanti tunggu tuan rumah yang buat kenduri aqiqah tu la ambik kami . Cik AH pakai baju marhaban team dia la ni. Kami tumpang menyibuk je. HEHEH.






Ouh, kejap je dah sampai kan. Mule-mule nak start muke excited habis lan kan. Aku pernah jugak join diorang berlatih tahun-tahun lepas tapi pergi buat persembahan real cam ni tak pernah lagi. Ni kire pembabitan awal aku la ni. HIHI.






Tu dia yang senyum tu mak Cik AH team leader marhaban ni. Kelas gitu uolls mak team leader marhaban. :p
Pas senyum-senyum kami pun duk pung pang pung pang la selawat, marhaban dengan doa kan. Tekun je kami. Lagu awal-awal tu leh tahan senang lah jugak. Ade zikir munajat, Asma Ul Husna dan zikir-zikir yang common boleh la join ikut sekali.





Aku jadi noob jap. Dah kire-kire sejam lebih tu semua ahli marhaban yang terdiri daripada mak cik-mak cik ni bangun la. So, aku pun dengan noob nye pun bangun lah jugak. Rupe-rupenye sesi mencium budak yang nak diraikan ni. Sebab dia dah besar kot, jadi tak de lah cukur jambul bagai. Cume cium-cium aje. HAHA. Aku dah la suke cium budak. Seronok gak mase ni. Tapi yang noobnye, ingat kan dah habisla kan sambil bersorak sorai dalam hati rupenye panjang lagi daaa. Dah la aku tak reti dah nak ikut diorang punye lagu time ni.HAHA.






Duduk semula yer. Teruskan bacaan anda.






Kadang-kadang bile memasing da start serius rase nak tergelak pulak sebab serius gile. Macam dah pro woah. Padahal main hentam ikut-ikut aje. HAHA.






Ni lah sebahagian anggota marhaban Kumpulan Saadah ni.






Mase ni aku berpikir-pikir nanti nak belajar lagi ni. Mane taw one fine day boleh buat team dekat tempat posting. HOHOI. :p Insya Allah, antara nak dengan tak nak je kot.






Dekat 3 jam jugak lah berzanji, bernasyid, berdoa. Maka ini lah detik yang ditunggu-tunggu. Detik menghancurkan segala program diet yang ade. Hampeh sungguh. Tergoda tak yah cakap la. Ade kambing bakar laks tuuu. Kecuq air liuq ceq. 






Sesungguhnya kami memang peminat kambing sejati. Muke senyum aje tengok kambing yerrrr.






Hasil tangkapan kami. Banyak lauk yang dia sedia. Ade kambing bakar, ade Roti Perancis, mushroom soup, nasi himpit, lontong, soto, nasi berlauk eh macam-macam la. Sekali tengok yang kami ambik ni sikit punye berhemah la kan. :D






Pinggan aku tak menarik langsung kan. Ape punye gabungan la.






Kecuq ayaq liuq oi. Kambing dah la mahal. Memang terbaik la kambing bakar dia ni. Err, tapikan abang tu muke cam siyes je kan bile aku ambik gambar. Padahal aku nak ambik gambor kambing, bukan gambor dia.  Leks r bro. EKEKEKE.






Last-last bile nak balik kami memutuskan untuk berjalan kaki instead of naik kereta sebab malas nak tunggu trip kete yang ketiga. Lagi lama kiteorang tunggu. Lagi bernafsu tengok kambing tu kan. Dah la tak de sape yang nak volunteer tambahkan kambing sebab nak jage market. HAHA. 

 Tu dia, rumah Cik AH bangunan yang kaler oren tu. Tapikan, ade budak ni macam excited pulak tengok aku ambik gambar. 





So, aku pun suruh la dia beratur ramai-ramai nak ambik gambar. Tak segan-segan terus membuat barisan. HAHA. Comel je main baling-baling seliper. 

Balik aje dari kenduri kami pulak yang bertungkus lumus nak siapkan goodies bag untuk kenduri aqiqah anak sedara Cik AH pulak esok. Dan, pasti berjumpe dengan seekor lagi kambing. HAHA. 

Entry bersambung. :p 

Eh, ade sape-sape yang berminat dengan Kumpulan Marhaban Saadah Masjid Datuk Keramat? Boleh jemput untuk buat persembahan ketika majlis seperi cukur jambul, aqiqah, majlis kahwin, majlis kesyukuran atau ape-ape aje la. Boleh hantar email kat aunizafraa@gmail.com nanti aku bagi tahu mak Cik AH. Bayaran minimun 300 hengget, tu pun untuk sumbangan kepada masjid. :)


UPDATE 16/4/2013: Aku tak sangka banyak sangat tempahan yang aku terime saban hari di email. Maafkan aku bile cek banyak jugak email yang tak sempat nak reply sebab aku sangat-sangat busy dengan praktikal sekarang. Jangan kan FB email pun memang tak sempat bukak langsung. Oleh tu, SESIAPA YANG NAK BUAT TEMPAHAN AKU CADANGKAN BOLEH LAH BERHUBUNG TERUS DENGAN USTAZAH ZIZAH KETUA KUMPULAN MARHABAN MASJID DATUK KERAMAT DI NO HP : 012 2754694. SEELOKNYA BUAT TEMPAHAN AWAL KERANA JADUAL AMAT PADAT. TERIMA KASIH. :)

4 comments:

  1. terharu, rasa nak nanges sorg2 kat bilik tak sangka korg dah plan awal nak g full house hihihi

    ReplyDelete
  2. nanges la nanges la.hahaha
    we oll kn sweet :P
    x ke pelik mah bleh ikut.mst la ade smthing en.haha

    ReplyDelete