Monday, December 26, 2011

Pendaftaran SMASID 2012


Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Hari ni awal-awal pagi lagi da siap-siap nak daftar adik masuk tingkatan satu kat Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun. Tak jauh pun sekolah ni, 10 minit pun leh sampai dari rumah kalau nak kete lah. 





Akhirnye adik pun pakai tudung labuh jugak akhirnye. HIKHIK. Kemain banyak protes. Panas lah, serabut lah, ape lah. First time lah katekan. Entah-entah nanti bile da start sekolah, dye pulak yang istiqamah aje. HIHI. Mintak-mintak cam tu lah. *sopan je penulisan aku hari ni, maklumlah baru balik dari SMA :p*







Selamat Datang ke Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail Dungun.






Sebelum pendaftaran, kenalah dengar taklimat dulu. Adik kena pergi sekolah awal. Pukul 7.20 tu. HIHI. Padan muke. Selama ni kemain agi 7.40 baru nak gi sekolah.






Adik dengan Natasha. Anak sepupu aku ni. Natasha pun sekolah sini. Tapi kelas lain-lain.






Mama daftarkan adik.






Mama buat check list kat koperasi.







Aku rase walaupun kecik-kecik lagi tapi leh tahan jugak handsome bebudak bakal senior adik kat sini. HUAHUAHUA. Aku sempat ambik sipi je lah. Kang kalau ambik depan-depan kang mahu tersipu-sipu lak budak tu malu. HIHI. Kalau nak jadi adik ipar aku pun sangat lah di alu-alukan. Alim lak tu. Muke beriman je. HAHA.






Mama dan adik bergambar kat dalam koperasi. :p
Selamat bersekolah adik. Comel je adik aku pakai tudung labuh. HIHI. Puji adik sendiri lah pulak. HAHA.

 Thanxs for reading this annoying entry. Suke tulis ni. Kalau-kalau 5 tahun lagi terbukak ni. Tak ke aku senyum sorang -sorang. HIHI.

No comments:

Post a Comment