Wednesday, November 30, 2011

Jering Rebus

Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Salah satu makanan yang aku suke dan bile aku citer kat kawan-kawan diorang leh buat words "yerksss" ialah jering rebus.

Aku orang kampung. Dan course off orang kampung yang berlagak macam aku leh makan jering yang direbus begitu sahaja. Alah, jering rebus je pun. HIHI.






Semalam Chik *nenek aku* dengan baik hatinye beli jering rebus untuk dimentekedarah oleh aku. Murah aje.  Beli dengan Pak Cik van  yang jual ikan ngan sayur tu, dye jual seringgit je sebungkus. 

Dalam sebungkus adelah dalam seploh keping jering yang dah direbus. Dah terlebih cukup dah tu kalau nak makan dua orang. Dah leh hasilkan air kencing yang paling power berbau da tu. MUAHAHA. 






Sebelum makan, tumbuk je jering tu. Sedap, tak caye try buat. Ambik jering, rebus, pastu tumbuk dan makan dengan nyiur parut dan gula. Mesti lepas makan nak cium-cium aku cakap sedap. HAHA. 






Balutkan jering dengan nyiur. :) Wallaweh, awesome ah sedap dye.

Aku suke makan ni sebab rase dye sedap sangat. Lagipun, aku ade memori makan ni mase kecik-kecik dengan Chik dan arwah Wee *mak sedara aku*. Jadinye, bile makan je perasaan bercampur - baur rase sedap, bahagia dan sedih. Harap - harap Chik leh teman aku makan ni sampai bile-bile. :(

No comments:

Post a Comment