Saturday, July 30, 2011

Novel Review - Contengan Jalanan Part I - Fend (Part 1)



Assalamualaikum w.b.t dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Da lame ak pencen bace novel sebenarnye, sebab jujur nye aku memang tak leh nak terime la cerita-cerita cinta yang sterotaip *bajet hebat la buleh taip sterotaip* HIHI. 

Dan, akhirnye aku kalah gak dengan HLOVATE. Eceh, ayat bukan main. Agak ketinggalan tapi seriuosly aku kecewa kenapa la lambat sangat aku jadi peminat novel beliau.

Jarang tulis benda yang bermanfaat kat belog buatkan aku nak tulis jugak review novel ni. Moge-moge ade jugak lah saham akhirat bagi sesiapa yang terbukak hati untuk bace novel tersebut lepas bace entry ni. HIHIHI *gelak jahat yang somel* Aku jugak terasa nak tulis ni sebab ade kawan yang kate, " Ala, aku malas la nak bace, ape kate mung citer je? " Fine, let me start ok?




Kalau kau beli novel ni, dye ade dua part. Mari kite citer part 1 dulu. Part one bertajuk I-Fend. Kisah seorang Affendy. Kawan-kawan dye panggil name dye Fend. Fend ni student kat Lim Kok Wing. 
Seorang yang sangat cool dimata aku sebab suke muzik, main muzik underground, photographer jugak sambil buat free lance. Dekat Lim Kok Wing aku tak sure dye belajar ape, tapi art la kot.

Fend jugak pandai lukis. Watak novel yang cintakan art lah katakan. Satu hari nak jadikan cerita. Fend ni pergi lah tengok Bike Stunt Park. Alah, yang main basikal bermacam-macam aksi tu.*mamat cool lah katakan*

Dan kat sinilah Fend jumpe dengan seorang pempuan, she's Lia. Nak dikatakan jodoh. Lia pun pergi dekat Bike Stunt Park ni jugak. Tapi dye datang untuk draw je. Fend yang tertengok lukisan dye alih-alih tegur la lukisan dye tu entah suruh tirus kan sket ke ape entah sebab Lia bukanlah artis yang ade natural talent macam Fend. Walhal mase ni Fend pegi sebab nak buat photo shoot.

Sampai tegur tu je, dieorang bukan lah berkenalan ke hape. Sampai situ je, Lia x cakap barang sepatah pun tak dengan si Fend ni.

Nak dijadikan citer novel lagi, Fend dengan team dye pergilah buat satu exhibition kat Kolej Mara Seremban *mungkin HLOVATE pena belaja kat sini sebab banyak kali jugak dalam novel beliau yang lain sebut sal KMS ni* dekat KMS ni lah Fend jumpe dengan Lia buat kali kedua nya.

Mase ni Fend dah tegur sikit lah ape name Lia. Takat Lia jawab dengan membohong name dye Musalmah, and the end of that part.

Kali ketiga Fend terjumpe Lia di Hentian Duta mase nak balik kampung untuk cuti sem. Kali ketiga ni barulah dieorang start borak. Fend yang pelik dengan Lia yang ala-ala Siti Nurhaliza macam mane boleh terlayan dengan Bike Stunt Park dan Butterfingers and etc. Ni lah permulaan cerita.Si Lia yang ala-ala heroin sombong tak cakap banyak cukup dengan bagi satu cd kat Fend and that the end. Tu je.

Mase cuti sem, sepupu Fend iaitu Aidid nak kawen sebenarnye. And then mase ni mesti lah ade watak sepupu yang lain jugak macam Chad. Chad memang bagi pengaruh besar kat Fend. Perkara yang mula-mula buat Fend berfikir panjang ialah bile Chad cakap hidup dye tak lengkap. He feels empty deep inside his heart and soul. *ayat haku*

Mulai hari tu, Fend asyik fikir kenapa Chad asyik cakap macam tu walhal Chad ni boleh kire cam perfect la. Perfect man yang dah boleh dibuat laki orang. Dah ade keje bagus, sekarang cume sambung belajar kat Texas pulak tu. Ade rumah dan kereta sendiri jugak. So? ape lagi yang Chad nak sebenarnyer? Kawin ke? *eceh.hihi*

Bile selesai cuti sem. Fend balik KL balik. Mase ni terjumpe cd yang Lia bagi dan terus pasang. Rupe-rupenye dalam tu ade satu movie " The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th". Movie pendek yang tak sampai duration 30 minit pun tapi cukup untuk buatkan Fend berfikir panjang dan merupakan titik tolak perubahan Fend.

Fend muhasabah diri betul-betul lepas tengok movie ni. Orang yang mati pukul 11 padahal die nak berubah pada pukul 12. Nauzubillah. Tak sempat nak berubah. Fend mula fikir. Dia orang Islam. Tapi kadang sembahyang yang tiang agama tu pun haila,*haila: trademark HLOVATE yang da jangkit ngan aku* terbang ke mana. Kadang kalau sempat, die sembahyang, kalau time tengah buat show gig ke ape. Solat memang wassalam. So, mase ni arial iman Fend tengah berlegar-legar cari line. 

Bagaikan orang mengantuk dalam kelas lecturer suruh balik tido, *err, hihi* bile Chad tetibe kol Fend ajak backpacking kat Autralia untuk sambut Ramadhan. Dan Fend, terus pergi je. 

Jalan cerita di Australia ni lah yang ala-ala madrasah Ramadhan tu. Accidentally, Chad pun sam macam Fend. Chad terjumpe movie  " The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th" kat internet selepas Fend bertanya kat dye sebelum ni. Dan bermula lah madrasah Ramdhan mereka yang pertama.

Kalau sebelum ni bulan puasa, Fend puasa sebab syarat je, bile ade time lapang mesti tido punye sebab nak cepatkan mase, tak pun main game banyak-banyak tak pun jaming je. Sekarang, Fend da terjejak dengan Chad yang tiba-tiba u turn 180 degree nak buat masjid-hopping kat Masjid Punchbowl Australia.

Madrasah Ramadhan kat Australia ajar Fend macam-macam. Fend da tak tido balik lepas Subuh, mengaji, tadarus dengan Imam Zakariyya, bace hadis 40, dalami hadis 40 dengan Bapak Tono orang Indon yang keje kat Australia ni. Solat Sunat, bersahur, berbuka dalam dulang, iktikaf, terawih tak yah cakap lah kan. Mase ni Fend dengan Chad dapat sepenuhnya pengisian dalam Madrasah Ramadhan tu.

 Nak tambah best. Diorang terjumpe lak dengan watak Akmal. Student dari Malaysia la jugak yang belajar kat sini. Akmal lah yang ajar budaya Ramadhan diperantauan yang jauh beza dengan Meysia. Akmal ade cakap kalau orang lain kejar Lailatur Qadar, tapi orang Meysia selalunya kejar Lailatur Kamdar. Nampak simple tapi its true kan? * terase*

Dah macam-macam pengisian yang dapat kat Australia, *harap sangat korang bace lah sebelum Ramadhan untuk dapat feel sendiri. bace kat belog aku ni memang lah tak dapat feel* balik lah si Fend dengan Chad ni kat Meysia. 

Azam diorang dua ni, nak kekalkan amalan-amalan ni disamping tambah lagi ilmu. Dah jadi mamat yang cool pandai ambik gambar, pandai lukis, pandai buat lagu disamping beriman lah pulak si Fend ni sekarang. And the end yang membuatkan hati ni sebak ialah bile mane rupe-rupenya disebalik titik tolak perubahan Chad. Chad sebenarnyer macam da dapat seru yang dia akan meninggalkan alam fana ni pada Syawal tersebut. Innalillah dan Syukurilah sebab Chad ialah orang yang mati pada pukul sebelas sesudah die berubah pada pukul 10.

p/s: maaf lah sebab aku tulis sah-sah lah tak kan memberi makna mendalam pun. aku sekadar nak berkongsi rase. rase macam mane seorang Fend yang wataknye dekat dengan diri ni yang kalau nak dikate baik tak lah baik sangat nak dikata jahat bukanlah jahat sangat tapi berubah.

KALAU ORANG KATA NAK BUANG TATU DI KULIT TU SAKIT, NAK BUANG TATU DOSA DI HATI TU LAGI PERIT ~ halaman 139

BENIH BARU NAK BANGKIT DISIRAM DENGAN AIR DAN BAJA. HATI BARU NAK BANGKIT KENA SIRAM DENGAN APA? ~ halaman 135

KENA MERANCANG MASA DEPAN KALAU NAK SENANG. TAPI DUIT TU BUKAN DIBUAT KIBLAT, HANYA DIBUAT ALAT. ~ halaman 83

PELUANG YANG DALAM HIDUP NI SAMA JUGA MACAM KERETA API, PERLU DIGAPAI WAKTU DIA SEKEJAP TERHENTI DEPAN DIRI. TERLEWAT SESAAT, MAKAN ASAP ~ halaman 76

HIDUP DI DUNIA NI SEPERTI PERJALANAN YANG TERLALU PANJANG DAN TERLALU BANYAK PERHENTIAN SEMENTARA, HINGGA KADANG-KADANG TERLUPA SEBERNARNYA DIRI NI NAK KE MANA. ~ halaman 72

ni antara kate-kate HOLVATE yang buatkan hati sebak aje lepas bace. tambah pulak dengan tajuk depan SOLUSI bulan ni. ANDAI INI RAMADHAN TERAKHIR, LAYAKKAH KITA BERHARI RAYA? look like simple. tapi we need changes in our life right? kalau si Fend yang terlekat dengan ipod 24 hours a day kat telinga boleh khatam Quran 30 juzuk. Nurul Shafira Mat Zin yang bakal ustazah tak kan xleh. eceh. ayat cabar diri  la konon. 

KALAU ADA KEMAHUAN DAN USAHA, 'HALANGAN' TU ADALAH SATU PERKATAAN YANG TAK ADA APA-APA MAKNA ~ halaman 88

sape yang mengharapkan kisah cinta manusia dalam ni memang wassalam lah. :) 
citer ni aku harap dapat ubah persepsi aku sendiri sebelum Ramadhan ni.

walaupun aku bukan lah orang yang selayaknya nak menulis, tapi aku menulis kerana 

Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabat mu yang terdekat ~ ( as syu'ara : 214)

lagipun benda baik kenalah kongsi kan? thanxs HLOVATE.


No comments:

Post a Comment