Friday, February 4, 2011

persiapan menuju ke akhirat

walaupon aku bakal ustazah. aku jarang kot nak cakap pasal dakwah. jarang kan. mungkin sebab aku pon ghase diri aku tak de la cukup baek kot tuk berceramah. btw.aku ghase yang da sedia baek aku perlu kekalkan. buruk perlu aku ubahkan la kan. nak tak nak. awak tu ustazah. aik. statement dak fira yang macam sedih jer. kakakakaka.


punyer la intro nyer panjang. nak cakap sebenarnyer cam gini jer. tadi mase tengah masak nasik kat dapur (propa. tapi memang tadi masak pon) haha. terdengar lak ustaz kat tazkirah TV3 cakap cam ni.


persiapan menuju ke alam akhirat. tibe-tibe aku berminat giler mahu mendengar tazkirah beliau. aku pon tarik la kusi merah duk depan tibi. 


ape persiapan tuk ke akhirat???

  • ibadah korban : supaya kat padang mahsyar nanti. binatang tersebut akan menjadi tunggangan kite.
  • amalkan surah al baqarah dan ali imran : barangsiapa yang amalkan surah nie. kat padang mahsyar nanti kite akan dapat awan yang akan sentiasa mengiringi kite lantas akan terlindung daripada bahang kepanasan. masya Allah. masya Allah. kelas xde air cond pon aku da bising lorh.

7 golongan yang mendapat tempat istimewa di Padang Mahsyar
  1. pemimpin yang adil
  2. orang yang cintakan masjid
  3. orang yang selalu mengenang dosa hingga menitis air mata keinsafan kerana takutkan Allah
  4. orang yang betul-betul ikhlas ketika bersedekah : bukan buat cek besar2 pas tu snap gune dsl lorh
  5. orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah. eh. kalau aku tanya kau. kenapa kau sayangkan pak we kau. adakah sebab Allah semata-mata??? omg. berapa ramai yang akan jawab sebab lillahi taala. astaghfirullah.
  6. orang yang berjaga malam kerana beribadat : solat sunat dua rakaat sebelom masuk subuh pon dikira lorh. ape g. jom la buat dak fira oi. bukan nyer solat 10 minit sebelom g kelas lorh. adeh. =__+
  7. sorang yang cintakan majis ilmu. ala. jangan jadikan alasan. youtube pon belambak weh video ustaz azhar. kakakaakkaa. dak fira lagi suke kalo dalam tazkirah tu ustaz duk cakap sal jodoh jer. suke sangat la. kakakakaka
p/s: dak fira sebenarnyer tulis ni sbb mase menonton tadi dak fira tak sempat nak salin. nak salin lam diari cam poyo. dak fira salin kat belog la kan. same2 bace. same2 amal. jom berubah jom. dak fira yang insaf. =__=

No comments:

Post a Comment