Saturday, October 16, 2010

* iluvislam :)


* dan ketika nur(budak kelas aku) menghulurkan dua helai kertas gedabab bersaiz A3 itu, aku mula membaca. . . .

tajuk besa dye: IKHTILAT

walaupon bnde ni free2 je dapat kat iluvislam.com, ak tetap rse nk salin, xtaw knpe, tetibe ati diselubungi keinsafan, kesedaran, kemurungan, lumrah manusia, iman bertambah dan berkurang, jadi walaupon boleh copy n paste jer, ak rse better ak tulis ngn jari jemari ak y runcing ni(part ni still xinsaf2) tuk ak slalu bukak blog, n slalu hayati: bce2kan lah. . .

bismillah. . .

"Sebagai seorang yang dinamakan manusia, kita dilahirkan dengan penuh kekurangan. Dan antara kekurangan yang amat jelas dapat dilihat kini adalah lemahnya seseorang dengan jantina yang berlawanan. Lelaki akan lemah apabila berdepan wanita, dan wanita akan lemah apabila berdepan dengan lelaki.

Mungkin ada yang merasakan, lelaki dan perempuan boleh berkawan sahaja tanpa ada hubungan yang 'lain'. Ya, benar. Memang boleh. (Boleh dari segi sosial, bukan hukum)

Namun kita harus sedar dan mengakui kekurangan yang wujud dalam diri kita. >>>>(masuk part penting, best kalau kena kat batang idung sndiri nih)>>>Sudah berapa kali kita mendengar kisah lelaki dan perempuan yang bersahabat baik, menjadi bestfriend, dan rupanya dalam diam si perempuan menyimpan perasaan terhada
p lelaki. Dan apabila lelaki mengetahuinya, mungkin dia berasa bingung kerana mereka hanya kawan, bagaimana kawannya boleh menyimpan perasaan?

Biasanya, di saat ini apabila dah susah, barulah kita nak kembali kepada Islam. Barulah kita nak mencari jalan, mengadu kepada Allah. (Ya , Allah, betul, time senang2 susah nk ingat Allah, time susah, bru taw). Barulah kita nak ikut cara berhadapan dengan berlainan jantina yang ada dalam agama.

Kaum lelaki kena sedar, bahawa hati perempuan sangatlah lembut. (ha ah, btol sgt2) Ya, ya, saya tau, saya tau, mungkin itu jawapan yang kelu
ar. Mungkin kalian tahu, tapi kalian belum memahami.

Adakah hanya apabila lelaki meluahkan perasaan maka hati perempuan akan cair??? Tidak, ia meliputi semua perkara yang anda lakukan, yang bagi anda mungkin itu perkara biasa. Contohnya mengambil berat terhadap si perempuan, disebabkan dia perempuan dan mungkin lebih 'vulnerable' menyebabkan kalian terlebih concern. Antara lain, anda banyak berkongsi cerita, masalah, dan apa-apa sahaja dengannya.

Atau mungkin layanan anda terhadapnya yang dirasakan 'lain', walaupun hakikatnya anda memanglah seorang yang 'friendly' dan 'happy go lucky'.

Di sini barulah kita nampak hikmah mengapa Allah menetapkan aturan dalam perhubungan lelaki dan perempuan. Kerana yang menciptakan PASTI lebih tahu tentang ciptaan-Nya. Jadi kita sama-sama mengingatkan diri sendiri dan sahabat kita."


* Ana (tetibe jd ustazah jap, ngeh3) tergerak hati nak tulis , (cet, walau sekadar salin balik ayat biro dakwah maktab y dicopy paste dr iluvisl
am) sbb ana sendiri merasakan situasi ini mmg terjadi di alam realiti. Kita mmg sering lupe, alpa, kedana (apakah??). Namun, kita harus saling mengingati balik. . Jangan gunekan alasan aku manusia biasa sbg tiket untuk melakukan kesalahan. Namun jadikanlah ianya sebagai kunci kepada pintu tarbiah kita.

Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah,
Astaghfirullah,

entry khas untuk diri ini yang sering alpa dan lalai, kerana aku pasti, bukan 4 flat semata y ku cari, namun tetap keredhaan Allah yang hakiki, maafkan hamba wahai Tuhan. . .


1 comment: