* cute kan entry game ni
tersebutlah alkisahnyer bermula sejak 4 hari lepas,, telah terjadinya satu keajaiban apabila wujudnya watu permainan video komputer y telah berjaya menarik minat aku. seriuosly, cik dora xpernah minat maen game doe, waima adik aku beli ps2 pon aku kejam mate je doe, (mungkin reason ke2 sbb aku da kondem sakan dye bazir duit nk beli bnde alah tu depan mama aku, kang tibe2 nak maen merah gak muke gua nanti),,,game itu diberi name plants vs zombies,, mmg cute ahh game ni,,thanxs kat fiza how sbb da addict kan aku,,
terjadinyer fenomena ini menyebabkan 'dinding' (kawan2 aku msti gelak kan aku sbb fb aku lam bm) di fb da xmeriah,,sbb duk layan zombies jer,,ish2,,
sehinggalah terjangkit sikit demi sedikit ,,zombi tersebut telah mencapai tahap masuk dan memakan sel2 otak nida dan mah sekali,hahaha,,dasyhat dah tue weyh,,mah y penakut giler pon da start maen zombies,,hehe,,ni lah kawan2,,maen tu maen jugak ,,aku suke korang layan zombies ni,,xde r layan suami masing2 jer,,haha tapi kat cini aku dengan rajin nyer da buat research sket pasal penangan game ni
Kes 1:
SEORANG wanita yang sedang tidur di atas bot ditolak ke dalam sungai dan mati lemas. Seorang lelaki dipukul sehingga mati dengan kayu besbol. Seorang lagi dibakar hidup-hidup di atas kerusi rodanya.
Itu hanya beberapa contoh aliran kegilaan di kalangan remaja dan belia di Amerika yang gemar menjadikan golongan tidak punya tempat tinggal mangsa keseronokan mereka dengan memukul atau membunuh tanpa sebarang alasan tetapi sekadar suka-suka.
Peguam bela golongan tidak berumah dan pakar jenayah berpendapat, amalan berkenaan menyebabkan sekurang-kurangnya seorang yang tidak berumah dibunuh setiap bulan dalam tempoh lima tahun lalu.
Pada 2007, 16 orang tidak berumah dibunuh di seluruh Amerika Syarikat, kebanyakannya dilakukan remaja.
Peguam bela berkata, peningkatan keganasan itu sebahagiannya berpunca daripada populariti video yang dipanggil ‘Bumfight’ dan video seperti itu memaparkan golongan tidak berumah diserang, didera dan dicaci.
Kes 2:
ANGGOTA keluarga kepada tiga mangsa yang dibunuh remaja berusia 14 tahun di sebuah ladang, menyaman pembuat
permainan video ‘Grand Theft Auto: Vice City’ pada 2006 di Albuquerque, New Mexico.
Dia mendakwa kejadian berkenaan tidak akan berlaku sekiranya remaja itu tidak bermain permainan video ganas.
Saman RM2.2 bilion itu difailkan yang menamakan beberapa syarikat iaitu Sony, Rockstar dan Take-Two serta Cody Posey yang didakwa bermain permainan video secara keterlaluan beberapa bulan sebelum membunuh bapa,
ibu tiri serta kakak tirinya pada Julai 2004.
Posey yang kini berusia 16 tahun, dijatuhkan hukuman tahanan juvana sehingga berusia 21 tahun.
Kes 3:
PASANGAN Michael dan Iana Straw mengalami ketagihan bermain video sehingga ‘terlupa’ dua anak mereka yang dibiar tanpa penjagaan sama sekali di Reno, Nevada.
Ketika diselamatkan pekerja sosial di rumah itu bulan lalu, budak lelaki berusia 22 bulan dan perempuan, 11 bulan itu ditemui dalam keadaan menyedihkan.
Mereka tidak diberi makanan berkhasiat mencukupi dan hampir mati.
Ketika didakwa di mahkamah, pasangan itu didapati mempunyai makanan mencukupi tetapi memilih bermain video daripada memberi makan anak mereka.
Pegawai pendakwa, Kelli Ann Viloria, berkata pasangan itu terlalu taksub dengan permainan siri fantasi Dungeons & Dragons.
sumber dari blog: http://airasharina.blogspot.com/2008/11/awas-permainan-video-membawa-kesan.html
ish2,,pelik kan kisah2 semua tu,,pelik tapi itulah hakikat dan kebenaran nyer,, kepada sahabat2 ku y mungkin tgh maen zombi lagi tuh hati2 yer,, aku xnk persahabatan kite sampai tercetusnyer peristiwa berdarah, hahaha,,y da xsabar u menjejak ke alam rumah tangga pula, kalau setakat tak lipat kaen xpe la kak, tapi kalau da xbg anak makan, xke jadi hal plak nnti,heheh
post suka2 lepas maen zombies
auni zafirah
12.18 a.m
20 mei 2010
No comments:
Post a Comment