Thursday, May 20, 2010

* kalau bukan kapur tulis part 2


* filem LASKAR PELANGI : tarbiyah untuk menjadi guru



* kapur tulis yang menjadi amanah, kusimpan kapur ini sebaik-baiknya, sejak Minggu

Pengurusan Pelajar.

betullah kata-kata Allah yang lebih kurang begini bunyinya, tidak semestinya apa yang kita idam-idamkan itu adalah yang terbaek buat kita. sesungguhnya Allah lah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

ku sangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari, begitulah agaknya kiasan hidupku di USIM.
aku menjangkakan hidupku yang terbaik untukku di USIM, fasiliti yang terbaek kurasakan, tiada lagi masalah hostel kerana kami menginap di apartment, suasana kesederhanaan dalam biaah solehah, namun, entah di mana silapnya, aku tidak merasa kepuasan, mungkin kerana terlalu sekejap di sana, pengisian selama lebih kurang 2 bulan belum mendatangkan kebahagian agaknya. mungkin juga kerana ku ikutkan sangat kehendak hati yang belajar tidak mengira kos y menjadi impianku, sebaliknya menumpukan kepada universiti yang sekian lama idaman di hati.

Alhamdullilah, permohonan ke Institut Pendidikan Guru Malaysia untuk Kursus Lepasan SPM (KLSPM) yang dulunya menjadi pilihan terakhir mungkin kini menjadi pilihan utama ku hatta untuk melepaskan diri dari kesibukkan di FST. lemah sungguh diri ini.
13 Julai 2009, tarikh keramat. hari pertama ku jejakkan kaki ke bumi IPIS ini. ku mulakan dengan niat baru. ku langsung alihkan cita-citaku dari lawyer, dentist, akhirnya bakal guru jua akhirnya, ustazah pulak tu,sungguh xku sangka. mmg tak disangka, dulu beria benar abah mahu aku menjadi seorang guru. katanya, dia sudah bangga mempunyai anak sepertiku, namun, anak perempuan lebih sopan menjadi guru dari cita2 ku y melangit ingin menjadi lawyer. ke egoaan diri ini pula hanya memboikot kerjaya seorang guru. rupa2 nya, doa abah sedang menjadi realiti, berkatNYa, aku menuju ke jalan itu.

abah, tunggu along yer, along janji xlama lagi along akan senangkan abah, abah xusah lagi berpanas, berjemuran, bermandikan hujan. abah, tunggu along yer.
mama pon sama, xusah lagi berkejar-kejaran, ke sana ke mari . . .
semuanyer, tunggu along yer, walaupon along hanya makan gaji sebagai guru, along janji, akan bagi kebahgiaan selagi along berdaya.

hari-hari yang berlau kadang2 berlalu pantas, kadang2 terasa bak kura2,,lambat benar melangkah pergi. kini ku baru di PPISMP semester 2. uuhhh, lambatnya mahu berbakti kepada semua, ibubapa, adik,nenek, dan tentu sekali anak bangsa yang bakal menjadi anak murid kepada ustazah mu y kerdil ini.
ragam cikgu baru, tidak sabar2 mahu mencurahkan ilmu, ku harap perasaan ini berkekalan ke akhirnya hingga hari terakhir aku bergelar guru. akulah guru, guru, guru, . . .

"selamat datang anak murid ustazah",tidak sabar sungguh untuk mengucapkan kalimat itu waima mendengar "assalamualaikum ustazah" sekali pun, dapat ku bayangkan, hati ini mesti gembira bukan kepalang.

angan2,,
kalau bukan kapur tulis, mungkin bukan di sini aku sekarang, terima kasih kepada semua pendidik yang pernah mencurahkan ilmu dan didikan kepada insan ini, SELAMAT HARI GURU kepada semua warga pendidik di Pasti Qaryah Tanah Lot tahun 1997, Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun tahun 1998-2003, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Abang tahun 2004-2008, Pusat Tamhidi USIM Fakulti Sains dan Teknologi 2009.
entry khas untuk anda semua walaupun agak lambat,

SELAMAT HARI GURU

No comments:

Post a Comment